saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 21/07/2009

Pengunjung enggan bermalam di Muzium Samudera


ORANG ramai sekadar melawat Muzium Samudera dan tidak berminat untuk menginap di situ.


MELAKA 20 Julai - Program Bermalam di Muzium Samudera di sini kurang sambutan apabila kebanyakan pengunjung enggan menginap kerana menganggapnya seperti hotel bajet.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas berkata, kebanyakan pengunjung enggan mengikuti program tersebut sepenuhnya yang meliputi pelbagai aktiviti menarik dan bukan setakat bermalam sahaja.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana sesetengah pihak seolah-olah tidak mahu memahami kelainan yang cuba ditonjolkan itu.

"Program ini kurang mendapat sambutan kerana ada pihak yang beranggapan ia seperti tidur di hotel-hotel bajet, tanpa mahu mengikuti pakej yang disediakan,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas usaha Perzim bagi meningkatkan lagi produk pelancongan negeri itu bertujuan menarik kedatangan lebih ramai pelancong.

Di bawah pakej itu katanya, peserta akan menginap di Hotel Naza selain dibawa ke Taman Rempah bagi menyusuri Sungai Melaka dengan bot Melaka River Cruise.

Katanya, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta menikmati panorama indah waktu malam yang terdapat di sepanjang laluan Jeti Padang Nyiru.

"Para peserta kemudiannya turun di Padang Nyiru sebelum berjalan kaki melawat beberapa lokasi terpilih sekitar kawasan Warisan Sejarah di Banda Hilir sebelum dibawa ke Muzium Samudera Fasa I (Replika Kapal Flor De La Mar) untuk sesi bermalam," katanya.

Bagi menangani masalah tersebut supaya tidak berulang, pihaknya akan melakukan lebih banyak sesi lampas otak, kajian dan mengumpul maklum balas di kalangan pengunjung.

Menurut beliau, Perzim tidak boleh terlalu bergantung kepada produk sedia ada dalam usaha memastikan rangkaian 21 muzium milik Perzim terus menjadi tarikan pelancong.

"Sekarang ini, sudah ada pelbagai produk pelancongan baru yang lebih menarik dan boleh diketengahkan oleh Perzim.

"Kita tidak mahu semua produk-produk baru ini menenggelamkan populariti muzium-muzium Perzim," katanya.

Beliau berkata, antara tarikan lain yang sedang diusahakan ialah dengan menganjurkan Program Pengisahan Sejarah Daerah Jasin di Muzium Pertanian Jasin di sini esok.

Menurut beliau, program yang turut menjemput pelajar sekolah itu diharap dapat mempopularkan semula Muzium Pertanian Jasin yang kurang sambutan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.