saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 21/07/2009

Peniaga gembira Jalan Tok Hakim dibuka semula


Jalan Tok Hakim akan dibuka semula pada pertengahan Ogos ini sebagai langkah mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar Kota Bharu, Kelantan.


KOTA BHARU 20 Julai - Para peniaga di sekitar Jalan Tok Hakim di sini menyambut baik langkah pihak berkuasa untuk membuka semula jalan berkenaan pada pertengahan bulan depan.

Menurut mereka, langkah itu bukan sahaja merancakkan perniagaan yang malap sekian lama, malah membantu mengurangkan masalah kesesakan di pusat bandar terutama di sekitar Pasar Besar Siti Khadijah.

Seorang pengusaha kedai makan, Mohd. Rudin Sulaiman, 39, berkata, pembukaan jalan itu yang selama ini dijadikan kawasan pejalan kaki dan pondok-pondok niaga cukup menggembirakan peniaga di situ.

''Jalan ini ditutup 15 tahun lalu bagi membina Dataran Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

''Apabila dibuka semula pada pertengahan Ogos depan, saya jangka lebih ramai yang singgah di kedai ini untuk menjamu selera kerana kenderaan pasti bertali arus melalui kawasan ini," katanya.

Peniaga produk penjagaan wanita, Pentas Dinar Marketing, Suhaimi Abd. Rahman, 29, pula berharap langkah itu dapat disegerakan kerana sepanjang pembinaan semula jalan tersebut, beliau telah menanggung banyak kerugian.

''Sebelum ini selama tiga tahun saya berniaga di salah sebuah kios di Dataran MPKB dengan menjual produk penjagaan wanita dan ia menjadi tumpuan kerana kebetulan terletak di laluan pejalan kaki.

''Namun pada awal tahun ini peniaga kios diarahkan berpindah untuk memberi laluan kepada pembangunan namun kerja-kerja tersebut hanya dilakukan pada Jun lalu," katanya.

Bagaimanapun katanya, sejak berpindah ke kedai baru yang berhampiran Jalan Tok Hakim, dia berharap perniagaannya kembali rancak dan menyokong agar projek tersebut disegerakan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan ketika dihubungi berkata, pembinaan jalan tersebut sedang rancak dilakukan dan berharap ia akan dibuka menjelang hari raya.

''Buat masa ini pembinaan sedang dijalankan, cuma kita berharap kontraktor yang terlibat dapat mempercepatkan kerja-kerja yang dilakukan termasuk membuka pagar berhampiran Pusat Dagangan Kota Bharu (PDKB),'' katanya.

Selain pembukaan semula jalan itu, bagi melancarkan lagi aliran trafik beberapa perubahan akan dibuat iaitu Jalan Hospital dari lampu isyarat menuju ke Bulatan Tuan Padang akan ditukar daripada dua hala kepada sehala.

''Jalan Temenggong turut dijadikan jalan sehala menghala lampu isyarat Jalan Tok Hakim.

"Selain perubahan haluan lalu lintas ini, beberapa lampu isyarat baru akan dipasang iaitu di Jalan Sultan Ibrahim menuju ke persimpangan Jalan Mahmood dan beberapa lampu isyarat akan ditutup iaitu berhampiran Bazar Buluh Kubu dan lampu isyarat Jalan Hospital berhadapan dengan mahkamah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.