saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 21/07/2009

Hadrah kebanggaan Perlis


Penari dan Pak Lawak menjadi tarikan pada persembahan hadrah ketika Program Merakyatkan Seni dan Budaya yang diadakan di Pusat Inap Desa Kampung Ujung Bukit, Kangar, baru-baru ini.


KANGAR 20 Julai - Sarmi hobai yasi sare, Sare hobai yasi sare, E sarmi hobai yasi sare,Ya Rasul-lil hoda, E sarwa ye.

Itulah antara bait-bait lagu yang didendangkan dalam sesebuah persembahan hadrah yang terkenal di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.

Menggunakan bahasa purba yang dikenali sebagai Noge persembahan hadrah merupakan antara kesenian yang popular di negeri ini terutama ketika majlis perkahwinan dan keramaian.

Hadrah dikatakan berasal dari Arab dan dibawa masuk melalui aktiviti perdagangan suatu masa dulu. Ia kini menjadi salah satu kesenian tradisional Perlis ala persembahan kompang.

Terdapat puluhan lagu hadrah yang dinyanyikan dalam bahasa purba yang ada antaranya tidak difahami oleh pembawa lagu itu sendiri dan ia dihafal daripada penggiat hadrah sebelum ini.

Hadrah biasanya dimainkan kira-kira 12 pemain kompang yang bersaiz lebih besar yang dinamakan gendang hadrah.

Seorang penggiat hadrah, Ramadzan Saad, 56, dari Kampung Ujung Bukit di sini berkata, dalam sesebuah persembahan hadrah terdapat juga empat penari yang membawakan tarian tradisional.

Katanya, dua watak utama yang menghidupkan suasana hadrah ialah peran atau rasuk yang membawakan watak pelawak ketika hadrah dimainkan.

''Watak peran sangat unik dan menghiburkan kerana dalam persembahan hadrah dia akan mewujudkan suasana lawak berdasarkan watak sama ada menganggu penari atau orang ramai.

''Kebiasaannya watak peran dan penari ini dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah kerana mengikut perkembangan semasa dan menjaga sensitiviti agama," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ramadzan memberitahu, satu ketika dulu watak penari perempuan dimainkan oleh orang lelaki yang berpakaian seakan-akan perempuan.

''Tetapi secara perlahan-lahan ia ditukarkan kepada penari perempuan yang berumur bawah 12 tahun kerana mengetahui hukumnya lelaki yang berpakaian wanita.

''Tarian yang dipamerkan bagi mewujudkan suasana terutama watak peran yang 'gila-gila' dan melucukan," ujarnya.

Secara beransur-ansur dan bagi mengikut keadaan seni kata, hadrah yang menggunakan bahasa purba juga ditukarkan kepada bahasa Melayu dan mengaitkan dengan isu-isu semasa.

Tetapi bahasa purba turut dimainkan secara selang-seli dalam persembahan hadrah bagi memastikan nilai-nilai asli dalam hadrah tidak hilang.

Kampung Ujung Bukit, di sini juga terkenal sebagai salah sebuah pusat inap desa merupakan antara salah sebuah kampung yang aktif meneruskan kesenian hadrah apabila terdapat beberapa kumpulan hadrah yang ditubuhkan.

Dianggarkan terdapat 12 kumpulan hadrah yang aktif di negeri ini. Bagi memastikan kesenian hadrah ini tidak terkubur ia juga diajar kepada golongan belia dan kanak-kanak.

Bagi Ramadzan dia terlibat dalam hadrah ini kira-kira 50 tahun lalu dan bermula daripada bawah sebagai peran.

''Apabila semakin dewasa saya menjadi semakin sebati dengan hadrah sehingga dapat menghafal lagu-lagu purba yang dibawa.

''Kini saya menggalakkan keluarga saya mendalami kesenian hadrah ini agar ia tidak mati begitu sahaja ditelan arus masa.

''Kesenian ini juga sering dimainkan apabila ada pelancong dalam dan luar negara datang ke kampung ini bagi memastikan hadrah tidak dilupakan generasi muda," jelasnya yang juga Pengerusi Biro Kebudayaan Kampung Ujung Bukit.

Sementara itu, bagi Arshad Kamis, 31, dia amat berbesar hati dapat meneruskan kesenian hadrah bersama 15 belia lain di kampungnya.

''Penglibatan kami ini bagi memastikan hadrah yang menjadi salah satu kesenian di Perlis, walaupun ia dikatakan berasal dari Arab berterusan.

''Ini merupakan salah satu pengorbanan dan usaha yang perlu dilakukan walaupun hadrah bukan kesenian yang popular seperti kesenian lain," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.