saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 21/07/2009

Perzim popularkan seni khat


Abdul Manan Abdul Hakim menunjukkan kemahiran menulis kaligrafi seni khat kepada pelajar yang menyertai Bengkel Seni Khat Institusi Pendidikan Negeri Melaka di Muzium al-Quran Melaka.


MELAKA 20 Julai - Seni khat merupakan salah satu cabang kaligrafi Islam yang begitu tinggi nilainya bagi penganut agama itu.

Sejajar dengan perkembangan Islam ke seluruh pelosok dunia, ciri dan nilai kesenian khat terus terpelihara dan berkembang pesat.

Penulisan khat yang pertama di dunia dipercayai terhasil di Kufah, Iraq dalam kurun ketujuh.

Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis menyebut, seorang ahli sufi mendapat ilham lalu menghasilkannya melalui mimpi.

Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum dan digunakan sehingga kurun ke-12.

Pada kurun ke-10, seni khat tersebar ke Parsi dengan gabungan huruf yang lebih berseni dan tulisan kaligrafi Islam itu terdiri daripada beberapa jenis iaitu Khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth dan Khat Riqa.

Kajian ilmiah membuktikan bahawa bangsa Arab telah mengenali khat melalui pelbagai sumber yang sampai ke Hijaz dan ia dikenali sebagai tulisan Nabati, Hiri dan Anbari ketika itu.

Menyedari bahawa keindahan seni khat yang tidak sepatutnya dilupakan, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan kerjasama kerajaan negeri Melaka, Yayasan Restu dan Jabatan Pelajaran negeri menganjurkan Bengkel Seni Khat Institusi Pendidikan Negeri Melaka.

Bengkel yang diadakan selama sehari itu dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Wira Hamdin Abdollah.

Bertempat di Muzium al-Quran Melaka, seramai 39 peserta menyertai bengkel tersebut terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka dan SMK Sharifah Rodziah.

Dalam bengkel tersebut, pelajar didedahkan dengan cara memotong, menarah dan meraut kalam khat terlebih dahulu.

Seterusnya peserta diajar untuk menulis tulisan jawi menggunakan kalam khat yang disediakan.

Dengan adanya dakwat hitam dan kertas, para peserta sudah terdedah dengan cara penulisan khat yang baik.

Rata-rata pelajar yang ditemui berpendapat bahawa seni khat merupakan seni tulisan jawi yang agung dan perlu dipelajari.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.