saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 21/07/2009

Pelajar bangga ikuti bengkel khat

MELAKA 20 Julai - Generasi muda berasa amat bertuah dan bangga kerana diberi peluang mengikuti bengkel penulisan khat jawi sekali gus berupaya menjadi penyambung warisan seni tersebut agar tidak ditelan zaman.

Mereka amat menghargai usaha badan yang mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Seni Khat Institusi Pendidikan Negeri Melaka diterajui Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Yayasan Restu dan Jabatan Pelajaran Melaka.

Bengkel yang disertai 39 peserta yang terdiri daripada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syarifah Rodziah itu berlangsung di Muzium al-Qur'an Melaka, di sini baru-baru ini.

Bagi Mohd. Sadiq Hamir, 13, berkata, seni khat merupakan satu seni tulisan yang unik. Dia menyifatkan bahawa seni khat ini perlu dipelajari dan tidak rugi untuk menguasai penulisan khat ini.

''Saya berasa seronok apabila dapat bersama-sama menghadiri bengkel seni khat pada hari ini. Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang penulis seni khat yang terbaik pada masa hadapan," katanya.

Dia yang memenangi johan dalam pertandingan penulisan seni khat baru-baru ini, melahirkan hasrat untuk mendalami ilmu seni khat ini ke peringkat yang lebih tinggi. Hasrat murninya itu telah disokong oleh keluarganya sendiri.

Selain itu, peserta lain, Sumayyah Hanoum Omar Arif, 15, berkata, dia dan rakan-rakan lain mengetahui maklumat mengenai bengkel seni khat ini melalui guru Kelab Seni khat di sekolahnya.

''Saya berasa teruja apabila berpeluang menjadi salah satu peserta di bengkel seni khat ini. Daripada bengkel ini, saya boleh memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan yang tidak dapat menghadiri bengkel hari ini.

''Saya berharap bengkel seni khat ini dapat diadakan lagi. Saya juga ingin melihat seni khat ini dapat berkembang dan jika boleh seni khat ini juga dipelajari oleh golongan bukan Islam'', kata pelajar Sekolah Syarifah Rodziah itu.

Seorang lagi peserta Nor Izwan Mohd. Sham, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka menyatakan dia amat berminat dalam ilmu meningkatkan penulisan seni khat.

''Untuk mempelajari seni khat ini bukanlah sesuatu yang mudah. tetapi dengan adanya latihan yang kerap, saya yakin Seni kaligrafi Islam ini mudah dikuasai.

''Saya berharap bengkel sebegini dapat dilakukan setiap tahun bagi menggalakkan pelajar-pelajar sekolah seperti saya menguasai ilmu penulisan seni khat ini." tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:00
Asar 4:19
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.