saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 22/07/2009

Polis siasat pesantren


PENYOKONG Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menghantar bunga tanda simpati terhadap mangsa-mangsa yang terbunuh dan cedera dalam kejadian serangan pengebom berani mati di Hotel Ritz-Carlton, Jakarta semalam. - AFP
SAHABAT-handai dan ahli keluarga mendiang warga Australia, Garth McEvoy tidak dapat menahan kepiluan pada upacara memberi penghormatan terakhir sebelum mayatnya dihantar pulang ke Australia. - AP





JAKARTA 21 Julai - Polis Indonesia hari ini menyoal guru-guru di sebuah pesantren di Jawa Tengah, selepas seorang bekas pelajarnya dilaporkan adalah antara dua pengebom berani mati yang terlibat dengan serangan di dua hotel mewah di ibu negara minggu lepas.

Seorang guru di pesantren al-Mukmin di Ngruki, Jawa Tengah mengesahkan polis telah menyoal kakitangan di situ sejak dua hari lalu berikutan dua letupan di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton pada pagi Jumaat lalu.

"Pihak polis datang semalam dan hari ini. Kunjungan mereka melibatkan perbualan biasa. Sudah menjadi kelaziman polis melakukan pemeriksaan di sekolah kami," kata timbalan pengetua, Al-Mukmin, Muhammad Sholeh Ibrahim.

Dua letupan hampir serentak di kawasan perniagaan Mega Kuningan di tengah Jakarta itu menyebabkan tujuh orang terkorban, termasuk tiga rakyat Australia, seorang warga New Zealand dan seorang rakyat Indonesia, selain dua pengebom berani mati.

Dua lagi mangsa belum dikenal pasti, kemungkinan pasangan dari Belanda yang dilaporkan menginap di Ritz-Carlton dan didapati hilang sejak hari kejadian.

Pesantren Ngruki ditubuhkan oleh Abu Bakar Bashir bersama-sama seorang lagi.

Abu Bakar ialah pemimpin agama Jemaah Islamiah (JI), pertubuhan yang didakwa mendalangi puluhan letupan bom di seluruh Indonesia sejak akhir 1990-an, termasuk letupan di Bali pada 2002 yang membunuh 202 orang.

Polis belum mengesahkan laporan media Indonesia bahawa seorang bekas pelajar Ngruki, Nur Hasbi alias Nurdin Aziz atau Nur Sahid ialah pengebom yang menyerang JW Marriott.

Muhammad berkata, seorang bekas pelajar bernama Nur Said adalah lepasan pesantren itu pada 1994 bersama-sama Asmar Latin Sani, pengebom berani mati yang meletupkan bom di dalam trak di luar JW Marriot pada 2003, menyebabkan 12 terkorban.

"Dia pelajar biasa, tidak ada sesuatu yang luar biasa mengenai dirinya. Dia lulus pada 1994 bersama-sama Asmar," kata Muhammad yang menafikan pesantren itu menjadi tempat latihan bagi pengebom berani mati.

"Pesantren Ngruki ialah sebuah institut pendidikan. Kami tidak ada kaitan dengan keganasan dan saya menolak laporan yang mengatakan demikian," ujar beliau.

Sementara itu, BORHAN ABU SAMAH melaporkan dari Jakarta, siasatan polis juga tertumpu kepada dua suspek pengebom yang dipercayai dari Cirebon di Jawa Barat dan Temanggong, Jawa Tengah.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Indonesia, Inspektor Jeneral Nanan berkata polis telah memanggil keluarga kedua-dua suspek untuk diambil sampel DNA.

"Kita sedang mempercepatkan ujian DNA dan mungkin akan diketahui dalam tiga atau empat hari lagi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kedua-dua suspek itu menginap di kedua-dua buah hotel iaitu JW Marriott dan Ritz Carlton.

Dalam serangan bom berani mati di dua hotel lima bintang itu Jumaat lalu sembilan orang terbunuh dan 53 orang cedera.

"Polis sedang menjalankan ujian DNA dan membuat lakaran wajah lelaki X dan Y itu," katanya.

Dalam pada itu beliau mengingatkan media supaya tidak mensabotaj siasatan polis dengan mendedahkan maklumat di dalam media massa.

"Kita bimbang pengganas itu melarikan diri apabila membaca laporan siasatan polis di dalam akhbar," jelas beliau. - AFP/ Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.