saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 22/07/2009

Profesor Harvard dakwa polis amalkan perkauman

NEW YORK 21 Julai - Seorang sarjana Amerika Syarikat (AS) berkulit hitam, Henry Louis Gates mendakwa seorang pegawai polis di Cambridge, Massachusetts bersikap perkauman ketika menahannya pada minggu lalu.

Henry Louis Gates Jr., 58, dianggap seorang profesor terkemuka dalam pengajian Afrika-Amerika di Universiti Harvard yang berprestij, telah dituduh berkelakuan tidak senonoh. Polis mendakwa beliau "lantang bersuara dan membuat kacau-bilau".

Menurut laporan polis pada 16 Julai, seorang wanita ternampak Gates ketika cuba memasuki rumahnya bersama seorang lelaki kulit hitam melalui pintu depan yang telah dirosakkan.

Kemudian, wanita itu telah menghubungi polis dan ketika mereka tiba, Gates sudah di dalam rumahnya dan telah membuat laporan pintunya rosak ke pejabat Hartanah Harvard, menurut satu kenyataan yang kemudiannya dikeluarkan oleh peguam Gates, Charles Ogletree.

Seorang lagi lelaki yang turut berada di tempat kejadian merupakan pemandu Gates.

"Profesor Gates memaklumkan pegawai itu bahawa dia tinggal di rumah itu dan merupakan ahli fakulti di Universiti Harvard," kata Ogletree.

Menurut laporan polis, Gates telah berulang kali berteriak kepada pegawai polis di tempat kejadian, 'ini yang berlaku kepada lelaki kulit hitam di Amerika.'

Selain itu, profesor tersebut turut 'melaung' berterusan ke arah pegawai dan menyuarakan bantahan atas ketidakadilan yang berlaku di depan orang yang lalu-lalang di situ, dia kemudiannya ditahan polis.

Gates yang diiktiraf sebagai seorang daripada 25 rakyat AS paling berpengaruh pada 1997 oleh majalah Time, berulang kali memberitahu pegawai polis tersebut yang 'dia tidak tahu dengan siapa (dia) kacaukan'," kata polis.

"Setelah Gates menyerahkan kad pengenalan Universiti Harvard kepada pegawai itu dan lesen memandunya bagi membuktikan siapa dia sebenarnya dan di mana dia tinggal, dia diarah keluar dari rumah," kata peguam Gates.

Pegawai polis yang memeriksa pengenalan dirinya berkata kepadanya, 'Terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada permintaan awal saya,' dan kemudian menahan Profesor Gates.

"Dia telah digari di perkarangan rumahnya sendiri," kata peguam Gates.

Selepas berada dalam tahanan polis selama empat jam, profesor itu telah dibebaskan dan dijangka akan dibicarakan pada 26 Ogos ini.

"Gates 'berharap' perkara ini dapat diselesaikan segera," katanya menerusi peguamnya. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.