saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 22/07/2009

Bola sepak kita sudah bermula pada satu tahap meyakinkan

MASIH ada yang tidak kena pada gerakan penyudah dan strategi skuad Malaysia meskipun keseluruhannya mempamerkan semangat juang yang tinggi dalam dua perlawanan persahabatan menentang Manchester United, baru-baru ini.

Dua faktor besar inilah barangkali fikir penulis merupakan jurang yang memisahkan kualiti Pilihan Malaysia dengan juara Liga Perdana England itu.

Pemain kita sering terkeluar posisi menyebabkan gerakan penyudah terencat, malah kita juga gemar menunggu bola daripada mengejar.

Jentera tengah wajar lebih kreatif mencipta peluang dan bukannya bertindak sebagai striker atau mengetepikan peranan bahagian serangan.

Begitu juga kepentingan permainan sayap yang jelas menjadi tunjang utama serangan United.

Apa pun, penulis mengucapkan syabas kepada benteng pertahanan Malaysia yang ampuh mengekang serangan bertali arus Red Devils.

Farizal Marlias membuktikan dia adalah penjaga gawang harapan. Aksi berani Farizal dapat dilihat sejak perlawanan pertama, Sabtu lalu sebelum meneruskan permainan cemerlang Isnin lalu.

Penulis tidak mahu memperkatakan secara teknikal mengenai persembahan skuad Malaysia kerana apa yang lebih menarik perhatian penulis ialah corak permainan.

Jika kita lihat permainan United, kesemua posisi pemain hidup dan digunakan sepenuhnya. Ryan Giggs memainkan peranan penting di tengah.

Dia membuka permainan di kiri dan kanan, sekali gus merancakkan pergerakan tengah dan tepi.

Inilah antara gaya permainan yang perlu ada pada skuad Malaysia. Malaysia pada pandangan penulis tidak perlu bermain bola tinggi kerana ia hanya memberi kelebihan kepada pemain lawan.

Memadai Farizal melorong bola leret untuk memulakan pergerakan dari bahagian bawah daripada menyepak terus ke tengah padang.

Taktik sebegini popular di kalangan pasukan dari Amerika Selatan dengan tujuan menghalang bola daripada terlepas ke kaki lawan terutamanya apabila mereka menentang pasukan dari Eropah.

Di sinilah kekuatan kapten perlu untuk membaca permainan kerana ia penting dalam merangka percaturan.

Komunikasi juga penting dalam permainan secara kolektif kerana percaturan tidak akan berlaku jika tidak ada hubungan dua hala di atas padang.

Dari satu segi, penyudah Malaysia agak tumpul dan peluang di depan pintu gol lawan sering mengundang sepakan meliar dari jarak jauh.

Pemain perlu ingat, rembatan jauh melebihi 25-30 meter memerlukan kekuatan yang padu dan jika tidak, lebih memadai pemain mencari alternatif lain untuk menerobos kawasan penalti.

Dari satu segi, saiz badan sering menjadi igauan pemain kita sehinggakan menenggelamkan aksi berani di atas padang.

Justeru, pembangunan pemain bola sepak perlu menitikberatkan juga soal pemakanan dan menghasilkan saiz badan yang setanding.

Apa sekalipun pandangan peminat bola, penulis merasakan skuad negara mampu pergi jauh jika beberapa masalah dapat diatasi segera.

Malaysia juga perlu lebih kerap mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan luar kerana ia banyak membantu kita mengukur keupayaan dan mencari kelemahan ketara.

Di tambah lagi Stadium Nasional Bukit Jalil telah lama menyepi dan tidak mendengar gema seperti pertemuan Pilihan Malaysia menentang United.

Rakyat Malaysia terhibur begitu juga warga luar yang turut memeriahkan aksi perlawanan itu.

Syabas Malaysia! dan K. Rajagobal kerana berjaya pada satu tahap mengembalikan keyakinan rakyat negara ini terhadap skuad kebangsaan mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.