saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 22/07/2009

UiTM Seri Iskandar juga diarah tutup seminggu

22/07/2009 7:26pm

IPOH 22 Julai — Kementerian Kesihatan mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar dekat sini ditutup selama seminggu mulai hari ini berikutan pertambahan mendadak penuntut yang dijangkiti penyakit serupa influenza (ILI) kepada 280, berbanding hanya 55 orang semalam.

Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, langkah segera diambil bagi mengelak penyakit itu daripada merebak ke penempatan awam berhampiran kampus berkenaan.

“Walaupun arahan ini adalah serta-merta tetapi pihak UiTM diberikan masa sehingga esok untuk mengosongkan kampus yang kini memuatkan lebih 12,000 penuntut, kakitangan dan pensyarah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

“Selain itu 10 sampel darah diambil secara rawak daripada pelajar kampus itu dan saya berharap akan mendapat keputusan ujian makmal selewat-lewatnya malam ini dan bukan pada hari Jumaat seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” tambahnya.

Beliau berkata pihak Kementerian Kesihatan juga akan membuat ujian bagi mengenal pasti punca tiga cawangan UiTM yang terpaksa ditutup disebabkan serangan kluster ILI berkenaan.

Selain UiTM Seri Iskandar, UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang juga diarahkan tutup hari ini manakala UiTM Lendu, Alor Gajah diarahkan ditutup selama sembilan hari bermula 8 Julai lepas.

Dr. Mah turut mengingatkan semua penuntut dan orang awam yang mengalami simptom jangkitan supaya mengawasi kesihatan masing-masing serta menambah kekerapan membasuh tangan, menggunakan penutup mulut dan tinggal di kawasan rumah ketika dikuarantin.

“Bagi yang mendapat serangan yang agak teruk, mereka hendaklah segera ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Pagi ini, sekumpulan pegawai perubatan dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang diketuai Timbalan Pengarah JKN Perak, bergegas ke UiTM Seri Iskandar selepas dimaklumkan 55 pelajar dikuarantin sejak lewat petang semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ingin mendapatkan maklumat mengenai jangkitan ini diminta menghubungi Billik Gerakan JKN yang dibuka 24 jam setiap hari dengan menelefon 05-243 3962.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.