saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 22/07/2009

Pilih pakaian sesuai penampilan


Yasmin Siddik


SIAPA kata wanita bertudung tidak boleh bergaya, malah kalau bijak membuat pilihan pasti menjadikan si pemakai kelihatan lebih anggun.

Namun, pilihan pakaian harus juga bertepatan tempat dan suasana yang dihadiri. Pasti janggal melihat seorang eksekutif muda melangkah ke pejabat dan membentangkan kertas dengan pakaian penuh berlabuci dan manik berkilauan.

Bukan saja nampak pelik malah malah fokus rakan sepejabat mungkin juga akan berpindah pada kilauan daripada membincangkan topik tugasan.

Bagi yang ingin mencari kesesuaian tentang pakaian ke pejabat, kini satu bengkel khas akan diadakan yang memberi tumpuan kepada penampilan wanita yang bekerjaya.

Menyedari imej wanita sebagai pekerja memainkan peranan penting dalam peningkatan kualiti organisasi dari segi imej dan keyakinan masyarakat, Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd (UP&D), dengan kerjasama Positif Grooming Sdn. Bhd, bakal menganjurkan bengkel Sopan dan Anggun : Etika Wanita di Pejabat.

Bertempat di The Gurney Resort Hotel & Residences, Pulau Pinang pada 29 Julai ini, ia akan dikendalikan oleh pengasas Butik Women 2 Women dan syarikat Perunding imej Positive Grooming, Yasmin Siddik.

Melalui bengkel tersebut, Yasmin akan berkongsi pengalaman berkaitan dengan peningkatan personaliti dan imej diri, kepentingan ilmu etiket sosial, interaksi dan diplomasi.

Bakal ditekankan ialah tentang pemilihan pakaian dan penampilan pakaian diri, kebersihan dan penjagaan diri serta solekan sesuai untuk ke pejabat.

''Bengkel ini diadakan khas untuk wanita bekerjaya kerana imej wanita sebagai pekerja memainkan peranan penting dalam peningkatan kualiti organisasi terutama dari segi imej serta keyakinan masyarakat," katanya.

Matlamat utama

Malah ujar Yasmin lagi, matlamat utama bengkel ini adalah untuk melahirkan pekerja wanita yang mempunyai imej diri yang sensitif kepada tuntutan persekitaran.

''Sebagai pekerja yang sentiasa berhadapan dengan perkembangan dan perhubungan sama ada dengan rakan sepejabat atau masyarakat luar, sememangnya mereka ini perlu memahami penampilan imej kerana ia akan memberi gambaran kepada setiap organisasi yang diwakili,'' ujarnya lagi.

Bengkel yang bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang ini bukan sahaja akan membimbing mereka yang bertudung untuk membentuk penampilan yang sesuai dan menarik ke pejabat tetapi juga memahami kepentingan imej.

Lebih menarik, ia termasuk penerangan tentang penggunaan serta cara-cara pemakaian tudung, pemilihan perhiasan, yang sesuai merangkumi koleksi pakaian korporat, kasual, busana Muslimah dan lain-lain lagi.

Selain Yasmin yang berperanan sebagai penceramah utama, bengkel ini juga akan menampilkan pengasas Aura Seri, Datin Ira Ghani melalui segmen Cantik, Sihat, Anggun Bergaya.

Malah bengkel ini juga mendapat kerjasama dan sokongan daripada beberapa syarikat penaja seperti Rafflesia, Aura Seri, Mustika Ratu, Ajinomoto dan Nestle. Manakala majalah Harmoni adalah majalah rasmi bengkel.

Bagi menarik minat penyertaan peserta, pihak urus setia bengkel telah menyediakan beberapa hadiah sampingan seperti cabutan bertuah yang disumbang oleh para penaja dan hadiah utama ialah rantai mutiara bernilai RM15,000 yang ditaja oleh Reflessia.

Bayaran yuran sebanyak RM220 seorang dikenakan. Ia meliputi cenderahati yang berupa sebuah buku busana Muslimah, Sopan & Anggun, majalah Harmoni keluaran terbaru serta minum pagi dan makan tengahari.

Mereka yang berminat untuk menyertai bengkel ini boleh mendapat keterangan lanjut, sila berhubung dengan Nurul Wahida atau Azizah Rashidi di talian 03 -92856577 atau faks 03-92874645 atau lawati www.mybook.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.