saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 23/07/2009

Boon Wah saman SPRM dakwa ditahan secara salah

KUALA LUMPUR 22 Julai - Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Tan Boon Wah hari ini memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dua yang lain bagi menuntut ganti rugi kerana mendakwa beliau ditahan serta disoal siasat secara salah, minggu lalu.

Saman pemula tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co. di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) pada pukul 12 tengah hari ini.

Boon Wah, 39, selaku plaintif dalam saman pemula itu menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan; Penolong Penguasa SPRM Selangor, Mohammad Hassan Zulkifli dan SPRM sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan jumlah ganti rugi (termasuk ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk) yang dituntut.

Selain ganti rugi, plaintif menuntut deklarasi bahawa pihak defendan yang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 30(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 hanya boleh merekodkan kenyataannya sebagai saksi pada waktu pejabat.

Waktu pejabat yang dimaksudkan adalah mulai pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari dan bukannya selepas tempoh yang ditetapkan.

Plaintif turut memohon deklarasi bahawa pihak defendan telah bertindak bertentangan dengan syarat-syarat di bawah Seksyen 30(3)(a) akta tersebut.

Dalam afidavit yang diikrarkan oleh Boon Wah bagi menyokong saman pemula itu, plaintif mendakwa, defendan pertama dan kedua termasuk ejen-ejen mereka bertanggungjawab atas segala perbuatan dan kecuaian atau pengabaian yang berlaku.

Plaintif menyatakan, pada 15 Julai lalu, atas arahan pegawai defendan ketiga, beliau telah dibawa dari rumahnya di Bandar Mahkota Cheras ke ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam pada pukul 8.45 malam untuk disoal siasat.

Boon Wah mendakwa, beliau kemudiannya hanya dibenarkan pulang pada pukul 1.35 tengah hari keesokan harinya.

Akibat tindakan ejen-ejen defendan itu, beliau mendakwa mengalami kerugian dan kerosakan kerana ditahan di luar kemahuannya di dalam premis SPRM dan di luar masa yang dibenarkan oleh undang-undang pada 15 dan 16 Julai lalu.

Justeru plaintif mendakwa tindakan defendan adalah suatu pengurungan dan penahanan salah dan beliau berhak menuntut ganti rugi.

Menurut laporan akhbar, Boon Wah membuat laporan polis terhadap SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada 18 Julai lalu.

Plaintif melahirkan kebimbangan berhubung keselamatan diri dan keluarganya serta khuatir kejadian yang menimpa Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri, mendiang Teoh Beng Hock turut berlaku ke atas dirinya.

Mayat Beng Hock, 30, ditemui di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada pukul 1.30 petang, 16 Julai lalu.

Dalam laporan polis tersebut, Boon Wah mendakwa beliau didera oleh pegawai SPRM yang menyoal siasatnya termasuk dipaksa berdiri selama empat jam berlarutan sehingga pukul 2 pagi hari berikutnya.

Boon Wah dipanggil oleh SPRM sebagai saksi berhubung siasatan pembelian bendera Malaysia untuk kegunaan Pusat Khidmat Seri Kembangan pada sambutan Hari Kemerdekaan tahun lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.