saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 25/07/2009

Bangunan DUN Sarawak tarikan baru pelancong


BANGUNAN Dewan Undangan Negeri Sarawak di Kuching menjadi mercu tanda terbaru dan mampu menempatkan 108 anggota DUN dengan setiap anggota mempunyai pejabat sendiri.


KUCHING 24 Julai - Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang terletak berhampiran tebingan Sungai Sarawak bakal menjadi tarikan baru pelancong untuk mengunjungi negeri ini.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, Bangunan DUN Sarawak itu akan memberi kesan yang besar dalam industri pelancongan negeri berikutan ramai pengunjung sama ada dari dalam dan luar negara amat tertarik dengan seni binanya.

Menurutnya, sebelum perasmian bangunan itu, telah ramai pelancong yang tertarik dengan seni bina bangunan itu serta merakam gambar kenangan mereka bersama kompleks itu.

''Ia adalah merupakan produk yang boleh menyumbang kepada perkembangan sektor pelancongan kita kerana bangunan itu merupakan sebuah mercu tanda baru," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas raptai penuh perasmian Bangunan DUN Sarawak yang baru dan turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Majlis Perasmian Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Petra Jaya dan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 akan berlangsung pada 27 hingga 29 Julai ini.

Dalam perkembangan lain, Awang Tengah memberitahu, persiapan bagi majlis perasmian bangunan DUN pada Isnin ini telah memasuki fasa terakhir dan akan bersiap sedia sepenuhnya selewat-lewatnya Ahad ini.

Katanya, seramai 1,500 jemputan bakal menyaksikan perasmian itu yang akan disiarkan secara langsung di TV1.

''Malah, kita juga akan meletakkan dua skrin gergasi bagi membolehkan rakyat menyaksikan pelancaran itu dari Tebingan Kuching," katanya.

Sementara itu, Awang Tengah berkata, beliau berharap rakyat negeri ini akan memberi kerjasama terhadap penganjuran majlis itu kerana pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk tatapan mereka.

Tambah beliau, kementeriannya juga akan sentiasa mengemaskini maklumat berkaitan penutupan jalan yang berlaku di bandar Kuching bagi kemudahan rakyat yang ingin datang ke bandar ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.