saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/07/2009

Mustapa, Nik Aziz muafakat


Mustapa Mohamed bersalam dengan Nik Aziz sebelum majlis pelancaran Kelantan Fiesta 2009 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Julai - Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan dua tokoh utama sewaktu Barisan Nasional (BN) menentang Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, baru-baru ini.

Bagaimanapun hari ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Mursyidul Am Pas itu mengenepikan perbezaan politik bagi mempromosikan Kelantan Fiesta 2009.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelaskan, penglibatannya sebagai penaung acara yang julung kali diadakan itu adalah untuk kebaikan rakyat Kelantan.

Katanya, selaku anak jati negeri itu yang mempunyai jawatan dalam Kabinet, beliau mahu melihat rakyat Kelantan menjalani kehidupan yang lebih baik, bersatu padu dan maju ke depan.

''Saya dan Menteri Besar mewakili dua parti politik berbeza, saya daripada UMNO, Menteri Besar daripada Pas tetapi untuk kerja kebajikan yang bermanfaat kepada rakyat, tiada sebab kita tidak boleh berada di atas pentas sama.

''Kita satu negeri, kita orang Kelantan, kita Islam yang bersaudara walaupun mempunyai perbezaan politik,'' katanya sewaktu berucap pada Majlis Pra-Pelancaran Kelantan Fiesta 2009 oleh Nik Abdul Aziz, di sini hari ini.

Program anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Redcarpet Worldwide Sdn. Bhd. itu dijadualkan berlangsung pada 28 hingga 31 Oktober ini di Padang Perdana dan pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Bharu.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz selaku tuan rumah Kelantan Fiesta 2009 dalam ucapannya menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mustapa yang bersetuju menjadi penaung.

Katanya, ia diharap menjadi titik tolak ujian keikhlasan kedua-dua pihak dalam perkongsian nikmat yang dianugerahkan Allah.

Nik Aziz turut menyampaikan dua rangkap pantun bagi menggambarkan kesediaan kerajaan negeri menjalin kerjasama lebih erat dengan Kerajaan Persekutuan.

Cantik-cantik durian Bangkok

Cantik lagi buah delima

Siapa kata Kelantan menolak

Asalkan baik kami terima

Durian kunyit isinya kuning

Dimakan oleh tuan dan puan

Hubungan baik damai dan hening

Semoga terjalin demi kesejahteraan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.