saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 25/07/2009

Nik Aziz sedia lupa sengketa politik dengan Pusat

25/07/2009 2:30pm

KOTA BAHARU 25 Julai — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah Pas dengan kerajaan Pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan Pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik usaha kerajaan Pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan Nik Aziz turut hadir pada majlis prapelancaran program itu di Kuala Lumpur semalam.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat kerana sudi menganjurkan program bersama ke arah menarik pelancong ke negeri pantai timur itu.

Program anjuran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Redcarpet Worldwide Sdn. Bhd. itu dijadual berlangsung pada 28 hingga 31 Oktober ini di Padang Perdana dan perkarangan Stadium Sultan Mohamad ke-IV di sini.

Memberitahu pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-38 Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia di sini hari ini, Nik Aziz berkata, perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara UMNO dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai baru-baru ini perlu dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

“Seperti mana biasa, pertembungan pendapat dan idelogi timbul pada saat-saat menjelang pilihan raya,” katanya.

Pas menang tipis pada pilihan raya itu dengan majoriti 65 undi.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.