saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/07/2009

UMNO, Pas ada persamaan

KOTA BHARU 25 Julai - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed (gambar) senada dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedia melupakan sengketa politik dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Beliau menegaskan, UMNO sejak dahulu tidak berbeza pendapat dengan parti itu dalam hal-hal berkaitan dengan perjuangan menegakkan agama Islam dan Melayu.

"UMNO mengambil sikap yang terbuka, apa yang boleh merapatkan perpaduan umat Islam dan Melayu khususnya hal-hal berkaitan agama dan bangsa saya rasa tidak harus ada perbezaan sebaliknya berpadu.

"Memang UMNO dan Pas mempunyai perbezaan politik yang jauh dan perjuangan yang berbeza tetapi dalam perbezaan itu ada persamaan, dan dalam hal-hal yang ada persamaan tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh bermuafakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hari ini menyatakan kesediaan menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik dengan kerajaan Pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah menganggap kerajaan Pusat sebagai musuh tetapi hanya lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Mustapa menegaskan, pendirian UMNO jelas mahu muafakat khusus bagi kebaikan rakyat kerana parti itu berjuang untuk rakyat khususnya di Kelantan.

"Kita tidak ada masalah tetapi harus ada kesungguhan dan keikhlasan terutama dalam hal berkaitan agama Islam dan bangsa tidak harus ada perbezaan pendapat yang menyusahkan antara kita kerana kita sesama Islam dan Melayu," katanya.

Berhubung ura-ura Barisan Nasional akan memfailkan petisyen terhadap keputusan pilihan raya kecil di Manek Urai baru-baru ini, Mustapa berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti kukuh.

Menurut beliau, pihaknya masih meneliti isu yang dibangkitkan dan merujuk kepada nasihat pakar undang-undang kerana petisyen hanya boleh dibuat selepas keputusan pilihan raya berkenaan digazetkan dalam tempoh 21 hari.

"Dua isu utama yang dibangkitkan, pertama mengenai pertikaian jumlah undi yang diperoleh calon Barisan Nasional pada satu peti undi dan kedua berkaitan pelanggaran syarat-syarat pilihan raya.

"Kita masih meneliti kes dan memastikan bukti kukuh sebelum meneruskan apa-apa tindakan," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.