saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/07/2009

'Sengketa wajar dilupakan'

KOTA BHARU 25 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, sebarang sengketa antara kerajaan Pas Kelantan dan Barisan Nasional (BN) wajar diselesaikan demi kepentingan rakyat.

Menurut beliau, walaupun wujud perbezaan ideologi antara kedua-dua pihak yang menjadi pertembungan dalam pilihan raya namun ia terbatas setakat itu.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk terus membawa pembangunan bagi membantu rakyat negeri ini.

"Selama-lamanya saya tak pernah tolak 'salam' kerana ia adalah ajaran Islam.

"Memanglah kami tak pernah sekat, tak pernah apa. Kami yakin bahawa Islam ini adalah betul, nak sekat pun benda betul nak buat macam mana," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas mengenai komitmen yang ditunjukkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang sudi hadir bersamanya pada majlis pra pelancaran program Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur semalam.

Semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini beliau menyamakan UMNO yang menjadi tunjang utama kepada BN sebagai parti ajaran sesat Ayah Pin dan serupa dengan pengganas Chin Peng.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata, persengketaan yang berlaku antara kedua-dua parti itu di Manek Urai baru-baru ini cuma atas dasar pilihan raya dan ia setakat itu sahaja.

"Macam tekan bola dalam air, ambil baldi bubuh air kemudian tekan, nak tekan lama mana pun bila dah letih ia akan naik balik, kadang-kadang kena muka kita sendiri," jelasnya.

Tambahnya, kerajaan Pas Kelantan bersedia untuk menyambut segala bentuk pembangunan kerajaan Pusat di negeri ini asalkan ia tidak bercanggah dengan Islam.

"Tak ada hal asalkan ikut landas Islam. Nak buat hotel? Sepuluh bintang pun tak apa yang penting jangan ada alkohol, jangan ada judi dan jangan ada tari menari," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.