saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/07/2009

Pengusaha dan pemandu lega, pengguna pula mengeluh

RAMAI pemandu teksi tersenyum puas apabila kerajaan mengumumkan kadar kenaikan tambang teksi baru-baru ini. Turut rasa gembira tentulah pengusaha pengangkutan awam yang lain terutama bas ekspres, bas berhenti-henti, bas mini, bas pengantara dan bas sekolah.

Maka mulai 1 Ogos ini pemandu teksi dan pengusaha pengangkutan awam yang lain bolehlah menambah pendapatan atau ibarat akan mendapat kenaikan gaji. Bagaimanapun ketika pengusaha pengangkutan awam gembira dengan kenaikan ini, sudah tentu para pengguna pula yang mengeluh dan gelisah menanti detik 1 Ogos nanti. Tentunya akan lebih terasa menjelang Hari Raya Aidilfitri pada bulan berikutnya - September.

Apa boleh buat, pengusaha pengangkutan awam adalah rakyat, pengguna juga rakyat. Kedua-duanya memerlukan pembelaan. Namun kelompok pengguna lebih ramai yang akan terasa bebannya. Rata-rata mereka adalah yang berpendapatan sederhana. Maka tidak hairanlah ada juga pemandu teksi yang mula gusar sama ada pengguna akan terus memilih teksi.

Sebab itu ada yang berkata, alangkah baiknya jika kerajaan mencari alternatif lain yang dapat menguntungkan kedua-dua pihak, antaranya penggunaan gas sebagai ganti diesel, subsidi gas kepada pengusaha dan pelbagai insentif lain. Langkah kerajaan memberi permit individu juga dapat membantu mengurangkan beban pemandu teksi yang bergantung kepada kerja berkenaan.

Apa pun keputusan sudah dibuat. Tunggu dan lihat apa yang akan berlaku. Adakah pengguna bersedia menanggung kosnya? Adakah pengusaha bersedia meningkatkan mutu perkhidmatannya? Apakah akan berlaku masalah sukar mendapatkan teksi atau bas, atau bas diisi bagaikan sardin dalam tin? Adakah pemandu teksi akan terus memilih penumpang atau 'menyembelih penumpang' dengan harga yang tidak sepatutnya? Adakah pemandu teksi tidak menggunakan meter dan memakai sistem kereta sewa yang meletakkan harga tertentu?

Bagi pemandu teksi, inilah peluang untuk mereka menambah pendapatan atau sebaliknya mencari rezeki sekadar cukup makan.

Lebih terasa gembira tentulah pemilik permit persendirian yang tidak perlu memikirkan soal bayaran sewa harian sekurang-kurangnya RM50 seperti dialami pemandu teksi milik syarikat. Pemilik persendirian hanya perlu memikirkan untuk membayar pinjaman bulanan. Jika pemandu syarikat terpaksa membayar tidak kurang RM1,600 sebulan sebaliknya pemilik permit persendirian hanya membayar sekitar RM600 mengikut jenis kereta yang mereka gunakan. Itulah bezanya antara pemandu syarikat dan pemilik permit individu.

Maka langkah kerajaan menambah permit individu amat dialu-alukan supaya beban pemandu dapat dikurangkan. Tetapi dalam pemberian permit individu ini, kerajaan tidak seharusnya mengambil mudah kerana ia juga mempunyai kesan buruk. Apakah penerima permit individu ini benar-benar menjadikan teksi sebagai sumber pendapatan utama atau sekadar menambah pendapatan? Adakah penerima permit individu ini hanya mahu mendapatkan harga kereta yang lebih murah dan bayaran bulanan yang lebih kecil kononnya untuk dijadikan teksi? Tidak dinafikan ada pemandu yang mendapat permit akhirnya menjadikan kereta itu sebagai teksi untuk beliau berulang alik ke pejabat dengan mendapat potongan bagi bayaran tol. Sekali sekala, mungkin beliau akan mengambil penumpang, itu pun semasa pergi kerja atau balik dari pejabat atau ketika keluar mengisi masa lapang.

Mungkin itu segelintir sahaja kerana ramai lagi yang memandu teksi sama ada milik syarikat atau persendirian menjadikan ia sebagai pendapatan tetap atau sampingan. Mungkin waktu siang bekerja di pejabat tetapi pada sepanjang malam, mereka menjadi pemandu sepenuh masa.

Cuma yang digusarkan sekiranya pemandu persendirian mengambil pendekatan ikut suka. Maknanya ikut mood mereka untuk memandu secara sepenuh masa atau sekadar lepas bayaran bulanan. Jika ini berlaku, maka ia boleh mendorong kekurangan teksi yang beroperasi pada waktu-waktu tertentu.

Akhirnya masalah pengangkutan awam tidak akan selesai.

Mungkin mereka yang memandu teksi syarikat akan lebih berdisiplin, bekerja keras mendapatkan wang daripada kocek penumpang. Sekurang-kurangnya target mereka, RM50 yang pertama perlu diperoleh untuk bayaran sewa harian, RM30 berikutnya untuk gas atau diesel, dan RM berikutnya sebagai gaji, duit makan minum pada hari berkenaan.

Kini pengguna mengharapkan mutu perkhidmatan ditingkatkan sesuai dengan kenaikan kadar tambang itu. Terserah kepada pihak berkuasa untuk memastikan khidmat yang diberi berbaloi.

Banyak kepincangan dalam sistem pengangkutan awam berlaku sebelum ini disebabkan pihak berkuasa jarang turun padang bersama memahami masalah pengguna.

Contohnya untuk panggilan teksi, ada syarikat yang sudah pun mengenakan caj RM2 bagi setiap panggilan. Adakah kadar ini akan dinaikkan RM1 lagi secara diam-diam? Begitu juga dengan caj lain seperti tambahan RM5 bagi laluan yang mengikut kata pemandu, mereka akan pulang kosong tanpa penumpang.

Justeru penguatkuasaan penting. Penguat kuasa perlu lebih kerap turun ke kawasan seperti KLCC, Puduraya, Petaling Street, stesen-stesen komuter dan sebagainya. Di sini akan ditemui pemandu yang tidak menggunakan meter, meletakkan harga ikut suka dan memilih destinasi. Mereka beratur di stesen teksi tetapi enggan ke destinasi yang diminta oleh penumpang dengan pelbagai alasan. Pengguna malas membuat laporan. Itu kerja remeh. Mereka sanggup tertipu untuk kali itu disebabkan terdesak tetapi orang lain pula menjadi mangsa berikutnya.

Sekalipun di kawasan berkenaan ada pondok polis, tetapi tiada yang peduli dengan situasi ini.

Akhirnya pengguna menjadi mangsa disebabkan mereka tidak ada pilihan. Suka naik, tidak suka boleh jalan kaki! Pengguna tidak mempunyai banyak pilihan kerana sistem pengangkutan awam belum memuaskan. Mutu perkhidmatan pengangkutan rel tidak banyak berubah, sering berhadapan pelbagai masalah. Laluannya terhad. Bas RapidKL juga sama. Laluan terhad. Jumlah bas terbatas. Jadual perjalanan kelam kabut. Sering berlaku lebihan muatan. Berapakah had sebenar penumpang sebuah bas? Adakah 40, 50, 80 atau 100? Sebelum berlaku tragedi, eloklah penguatkuasaan lebih tegas supaya pengguna didahulukan, keselamatan dan keselesaan perkhidmatan diutamakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.