saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 27/07/2009

Projek Sungai Plentong, Sungai Tebrau atasi banjir

JOHOR BAHRU 26 Julai - Projek pelebaran dan pedalaman Sungai Plentong dan Sungai Tebrau di sini yang sedang giat dilaksanakan dijangka menyelesaikan masalah banjir di beberapa kawasan di bandar raya ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air, Komunikasi dan Alam Sekitar, Tan Kok Hong berkata, projek itu sudah mula dibangunkan sejak Februari lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Ogos 2010.

Beliau berkata, kerja-kerja pelebaran dan pendalaman kedua-dua sungai itu dibangunkan oleh syarikat Inai Kiara Sdn. Bhd. dan menelan belanja sekitar RM48 juta.

"Berdasarkan penerangan yang diberikan pihak kontraktor, kedua-dua sungai itu akan dilebarkan sehingga 100 meter dan diperdalamkan antara satu dan lapan meter bagi memastikan limpahan air hujan dapat disalirkan ke dalam sungai.

"Projek tersebut meliputi keseluruhan Sungai Plentong sejauh 5.8 kilometer dan Sungai Tebrau merangkumi jarak sejauh 1.8 kilometer," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Kok Hong berkata, sekiranya projek tersebut siap seperti dijadualkan, masalah banjir kilat di sekitar kawasan Parlimen Johor Bahru, Pasir Gudang dan Tebrau dapat diselesaikan sepenuhnya.

Beliau berkata, projek itu juga dapat menyelamatkan lebih daripada 5,000 keluarga dan lebih daripada 50 nelayan yang tinggal di kawasan tersebut.

"Selepas projek ini disiapkan, kedua-dua sungai ini dapat meningkatkan kapasiti takungan airnya dan ia secara tidak langsung dapat mengatasi limpahan air sungai berlebihan.

"Apabila sungai itu dibesarkan, arus air dapat ditingkatkan dan segala lebihan air hujan dapat disalirkan ke laut dengan pantas," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.