saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 27/07/2009

Perangi kongsi gelap
Kerajaan digesa lancar perang terhadap kongsi gelap

KUALA LUMPUR 26 Julai - Pelbagai pihak menggesa agar operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa di negara ini khususnya di Lembah Klang.

Mereka mahu ia diperangi habis-habisan setelah banyak kes kebelakangan ini menunjukkan seolah-olah ia dilindungi termasuk oleh 'orang politik' sehingga tidak takut mencabar undang-undang.

Mereka yakin pihak polis mampu melakukannya berdasarkan kejayaan membongkar dan menghapuskan 15 kumpulan gengster yang bergiat aktif di Sarawak termasuk dua yang mempunyai rangkaian dengan penjenayah antarabangsa dikenali sebagai Kumpulan Wah Kee dan Ang Beng Hui pada 2007.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kegiatan kongsi gelap yang melindungi pusat-pusat hiburan, perjudian dan pelacuran memang sudah lama wujud di negara ini.

"Sampai bila kita mahu perkara ini berterusan dan akhirnya yang menerima kesan adalah anak-anak kita sendiri.

"Jadi kita menggesa kerajaan ambil langkah lebih tegas untuk membanteras jenayah ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau diminta mengulas kebimbangan banyak pihak mengenai kumpulan kongsi gelap yang dilihat melindungi kegiatan jenayah seperti perjudian, ugutan, ah long, pengedaran dadah, maksiat dan pelacuran.

Ibrahim berkata, masyarakat juga perlu melancarkan perang secara besar-besaran dengan cara membantu pihak berkuasa memberi maklumat mengenai perbuatan yang menjurus kepada jenayah tersebut.

"Mereka yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap boleh dianggap sebagai pengancam keselamatan masyarakat dan negara. Kerajaan tidak boleh berdiam lagi," katanya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sudah tiba masanya kerajaan bertindak secara besar-besaran untuk membanteras kegiatan jenayah itu.

"Wujudkan budaya antijenayah dalam masyarakat. Sebagai langkah permulaan, ahli masyarakat boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti polis untuk memerangi jenayah.

"Jika ini dapat dibuat bermakna masyarakat sudah bersedia untuk bersama-sama membantu kerajaan melawan jenayah itu. Ini satu pendekatan yang berkesan untuk menghapuskannya," katanya.

Menurutnya, walaupun diakui jenayah itu agak sukar dibendung dan bukanlah satu isu baru tetapi usaha boleh dimulakan dari sekarang untuk menghapuskannya.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri pula bimbang jika kegiatan itu dibiar berterusan, ia akan menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat apatah lagi generasi muda.

Beliau menarik perhatian kepada kegiatan gangsterisme atau samseng yang mula menular dalam kalangan pelajar sekolah.

"Kegiatan mereka ini (di sekolah) masih dalam keadaan terkawal. Namun kita bimbang fenomena ini akan berubah jika penglibatan generasi muda dalam kumpulan ini tidak dibendung," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad turut menggesa agar tindakan segera diambil kerana kegiatan kongsi gelap boleh memberi kesan amat buruk terhadap masyarakat terutama golongan muda.

"Kerajaan perlu agresif dan proaktif untuk menghapuskan kegiatan ini kerana ia akan menghancurkan masyarakat secara perlahan-lahan.

"Sindiket kongsi gelap membawa bermacam-macam penyakit sosial kerana mereka melakukan banyak kegiatan yang menyalahi undang-undang," katanya.

Tegas beliau, perlu ada tindakan bersepadu di antara kerajaan dan masyarakat kerana usaha memerangi kegiatan tersebut tidak akan berhasil sekiranya hanya satu pihak yang berusaha.

Ibrahim berkata, masyarakat juga perlu melancarkan perang secara besar-besaran dengan cara membantu pihak berkuasa memberi maklumat mengenai perbuatan yang menjurus kepada jenayah tersebut.

“Mereka yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap boleh dianggap sebagai pengancam keselamatan masyarakat dan negara. Kerajaan tidak boleh berdiam lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, sudah tiba masanya kerajaan bertindak secara besar-besaran untuk membanteras kegiatan jenayah itu.

“Wujudkan budaya antijenayah dalam masyarakat. Sebagai langkah permulaan, ahli masyarakat boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti polis untuk memerangi jenayah.

“Jika ini dapat dibuat bermakna masyarakat sudah bersedia untuk bersama-sama membantu kerajaan melawan jenayah itu. Ini satu pendekatan yang berkesan untuk menghapuskannya,” katanya.

Menurutnya, walaupun diakui jenayah itu agak sukar dibendung dan bukanlah satu isu baru tetapi usaha boleh dimulakan dari sekarang untuk menghapuskannya.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri pula bimbang jika kegiatan itu dibiar berterusan, ia akan menggalakkan budaya tidak sihat dalam masyarakat apatah lagi generasi muda.

Beliau menarik perhatian kepada kegiatan gangsterisme atau samseng yang mula menular dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kegiatan mereka ini (di sekolah) masih dalam keadaan terkawal. Namun kita bimbang fenomena ini akan berubah jika penglibatan generasi muda dalam kumpulan ini tidak dibendung,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad turut menggesa agar tindakan segera diambil kerana kegiatan kongsi gelap boleh memberi kesan amat buruk terhadap masyarakat terutama golongan muda.

“Kerajaan perlu agresif dan proaktif untuk menghapuskan kegiatan ini kerana ia akan menghancurkan masyarakat secara perlahan-lahan.

“Sindiket kongsi gelap membawa bermacam-macam penyakit sosial kerana mereka melakukan banyak kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Tegas beliau, perlu ada tindakan bersepadu di antara kerajaan dan masyarakat kerana usaha memerangi kegiatan tersebut tidak akan berhasil sekiranya hanya satu pihak yang berusaha.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.