saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 27/07/2009

Nasyid mampu saingi
hiburan muzik Barat

SEREMBAN 26 Julai - Nasyid berupaya menjadi pesaing seni muzik Barat serta menjadi alternatif kepada umat Islam untuk berhibur.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejayaan kumpulan nasyid Raihan dan Rabbani membuktikan genre hiburan dakwah Islam itu berpotensi dikembangkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, nasyid boleh melangkah lebih jauh sekiranya kesemua penggiat muzik berkenaan menggembleng tenaga bagi menghasilkan karya-karya bermutu tinggi.

''Justeru, satu usaha yang bersungguh-sungguh mesti dilakukan supaya genre seni hiburan Islam tersebut mampu bersaing dan mendapat tempat di kalangan peminat antarabangsa," jelasnya.

Mohamad berucap pada majlis penutup dan penyampaian hadiah Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri 2009 di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi dekat sini semalam.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan merasmikan majlis berkenaan serta menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Berangkat sama ialah Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Klana Petra Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirul Zaman Musa Wahab; Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri serta Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Turut hadir ialah Mufti Kerajaan negeri, Datuk Mohd. Yusuf Ahmad; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor dan Pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri, Selamat Paigo.

Kumpulan Imtiyaz yang mewakili Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri dengan lagu bertajuk Kebangkitan muncul johan Nasyid Kategori Terbuka (Moden).

Sementara itu, kumpulan Zabarjad dari Jabatan Penjara Seremban yang mendendangkan lagu Tulus Mahabbah dinobat johan Nasyid Kategori Terbuka (Tradisi).

Selain itu, kumpulan Soutul Jihad dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu dengan lagu berjudul Permata Pilihan mengungguli Nasyid Kategori Sekolah.

Kumpulan An-Najah dari Seremban muncul johan berzanji dan marhaban (lelaki) manakala kumpulan Nurul Iman dari Kuala Pilah mengungguli kategori wanita acara yang sama.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.