saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 27/07/2009

MT UMNO akan bincang

KAMPALA 26 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalu-alukan kesediaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjalin hubungan baik dengan Kerajaan Pusat dan yakin ia akan membuka lembaran baru kerjasama antara kedua-dua pihak.

Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu bersyukur kerana Mursyidul Am Pas itu akhirnya menunjukkan sikap positif terhadap isu kerajaan perpaduan.

Tegas beliau, walaupun ada perbezaan pendapat dan salah faham berhubung isu kerajaan perpaduan sebelum ini, namun sebagai manusia biasa ia merupakan perkara biasa.

Sehubungan itu, katanya, perkembangan terbaru tersebut serta langkah-langkah susulan di peringkat UMNO dan juga BN akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 31 Julai ini serta mesyuarat-mesyuarat pimpinan BN selepas ini.

"Kita mengalu-alukan kenyataan beliau itu. Kalau ada keputusan (daripada Nik Abdul Aziz) seperti itu, langkah susulan akan diambil. Mesyuarat MT UMNO pada 31 Julai ini akan membincangkan perkara ini dan bagaimana untuk memulakan langkah awal dan mengadakan perbincangan serius mengenainya.

"Mungkin ahli MT boleh mula berbincang dengan para pemimpin Pas, kita juga boleh menjadikannya (perbincangan itu) sebagai suatu agenda khusus. Dalam mesyuarat pertama, kita akan membuka pintu kepada pelbagai isu yang boleh dibincangkan bersama," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam mengenai kesediaan kerajaan negeri Kelantan menghulurkan tangan kepada Kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri berada di sini untuk menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global 2009 (Global 2009) di Munyonyo Commonwealth Resort dekat sini yang bermula hari ini hingga Selasa ini.

Muhyiddin berkata, kebiasaannya UMNO tidak akan menghantar pasukan yang besar untuk membincangkan mengenainya tetapi memadai dengan beberapa orang pemimpin parti yang akan diputuskan selepas ini.

"Biarlah mereka (pasukan tersebut) memulakan langkah pertama (mengadakan pertemuan dengan wakil Pas) untuk menunjukkan kita responsif dan kita mahu melihat sesuatu yang positif daripada pertemuan tersebut," katanya.

Ditanya sama ada perkembangan terbaru ini merupakan petanda baik kepada perpaduan umat Islam di Malaysia, beliau berkata:

"Terlalu awal untuk saya kata begitu. Tetapi apa yang jelas, apabila niatnya baik, kita berharap sesuatu yang positif daripadanya bukan hanya untuk umat Islam tetapi rakyat Malaysia keseluruhannya."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.