saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 27/07/2009

Dr. Mahathir ragui keikhlasan Pas

27/07/2009 12:23pm

MUNYONYO, Uganda 27 Julai - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan kerajaanp pusat sebagai tidak ikhlas dan bermotifkan politik.

Beliau berkata, ini kerana pemimpin mereka hanya berusaha untuk memperkukuhkan Pas dan bukan memantapkan Barisan Nasional (BN).

“Saya tahu kerana saya sudah melalui pengalaman ini. Dalam skim Felda kita masukkan orang UMNO, dan selepas pemimpin Pas (allahyarham Tan Sri Asri Muda) jadi menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Felda, semua orang Felda cenderung menentang kita.

“Sebabnya mereka kempen untuk Pas dan bukan untuk kerajaan,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas menghadiri sesi hari pertama Dialog Perkongsian Pintar di sini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas untuk berbaik-baik dengan kerajaan pusat dan melupakan sengketa politik demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Nik Aziz berharap perselisihan pendapat yang timbul dalam kalangan pemimpin politik terutama antara UMNO dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Manek Urai baru-baru ini, dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.

Dr. Mahathir mahu UMNO berhati-hati menerima kerjasama itu bagi mengelak daripada terjerat permainan politik Pas.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.