saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 27/07/2009

Majalah Wanita kini 40 tahun


Normala Hamzah (tiga dari kanan) menunjukkan logo Majlis Minum Petang Anggun 40 tahun bersama Wanita kepada tiga bekas pengarang majalah Wanita (dari kanan) Mahani Awang, Nik Rahimah Hassan dan Noor Hazani Musa.


SEGALANYA bermula di seminar Penulis-Penulis Wanita anjuran Utusan Melayu pada awal tahun 1969 apabila timbul gesaan daripada para peserta seminar yang berasakan perlu adanya sebuah bahan bacaan atau majalah khusus untuk tatapan kaum Hawa.

Bertitik tolak daripada seminar yang dihadiri sebahagian besar oleh penulis dan wartawan wanita zaman itu, usaha disusun untuk menjadikan cetusan idea itu sebuah realiti.

Akhirnya pada tanggal 13 Ogos 1969 lahir majalah Wanita, majalah pertama terbitan Utusan Melayu yang isi kandungannya hampir sepenuhnya membawa isu dan aspirasi golongan wanita.

Kini walaupun menginjak ke angka 40 tahun, majalah tersebut terus utuh dalam menongkah zaman dan arus perubahan.

Pengarangnya sekarang, Normala Hamzah mengakui, bermula dari detik penubuhannya pada tahun 1969 dengan harga 60 sen dan mempunyai 81 halaman, banyak cabaran dan jatuh bangun yang dilalui majalah itu.

Baginya, kejayaan majalah Wanita terus kekal hingga ke hari ini adalah kerana keunggulannya memberi informasi dan perkembangan semasa mengenai golongan wanita.

''Kini, walaupun 'veteran' di pasaran namun ia masih mengekalkan keunggulan dan popularitinya selaku majalah berbahasa Melayu kaum Hawa yang pertama di negara ini,'' katanya.

Dan sempena ulang tahun ke-40 majalah tersebut, satu majlis khas dikenali sebagai Majlis Minum Petang Anggun 40 bersama WANITA akan berlangsung pada 13 Ogos ini.

Menurut Normala, majlis itu adalah bari meraikan sejarah yang dicipta selaku majalah kaum Hawa paling lama bertahan di negara ini.

Bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur, majlis tersebut juga bertujuan untuk mengumpul kesemua bekas pengarang yang berjuang menaikkan nama majalah tersebut.

"Lebih menarik sambutan ulang tahun Wanita kali ini kerana pelbagai pihak telah tampil untuk menjadi penaja bagi memeriahkan lagi majlis," katanya.

Antaranya, Unza Malaysia Sdn. Bhd. sebagai penaja utama dengan menampilkan produk Safi Rania Gold, serta Habib Jewel, Roscani dan jAlfio Raldo, sebagai penaja bersama.

Bercerita mengenai Majlis Minum Petang Anggun, jelas Normala lagi, pelbagai acara dirancang untuk mengingati detik bersejarah itu.

Antaranya, kemunculan istimewa gadis muka depan (cover girl) Wanita pertama, Zaimah Alias dan penghargaan kepada tiga pembaca setia yang mengumpul 479 naskah majalah itu sejak ia mula diterbitkan.

Tetamu juga akan dihiburkan dengan pertunjukan fesyen dan persembahan penyanyi Amy Search.

Bagi yang berminat memeriahkan majlis tersebut, boleh membeli meja pada harga RM5,000, RM3,000 dan RM2,000 serta kad individu juga boleh dibeli.

Mereka yang berminat untuk turut serta bolehlah hubungi talian 03-892629999 ,03-89267399 atau faks 03-89252311 untuk pertanyaan tempahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.