saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 28/07/2009

Luahan rasa si pelukis


Yahya Mohamed menunjukkan kemahirannya menghasilkan lukisan potret di kediamannya di Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/Baazlan Ibrahim


JOHOR BAHRU 27 Julai - Pelbagai cara digunakan oleh masyarakat untuk melahirkan perasaan yang terpendam di dalam hati.

Ada yang menzahirkannya melalui perbuatan, pertuturan dan bahasa badan. Malah lukisan turut dijadikan medan meluahkan pandangan.

Biarpun dunia semakin canggih seiring dengan peredaran zaman yang dipenuhi gajet terkini, seni lukisan tetap menjadi pilihan untuk melahirkan rasa hati bagi segelintir masyarakat.

Walaupun garisan abstrak yang terpalit di helaian kertas kadangkala tidak mampu ditafsir sepenuhnya oleh minda, keindahan seninya, warna dan corak yang terlukis berjaya meraih perhatian umum.

Lukisan bukan sekadar mencoret sesuatu di dada kertas, memalit medium warna mengikut gerak hati tetapi ia merupakan penyatuan jiwa dan fizikal dengan persekitaran.

Kata-kata itu yang cuba diterjemahkan oleh seorang pelukis kelahiran negeri Johor, Yahya Mohamed, 59, yang kini menetap di Jalan Setia, Kampung Melayu Majidee di sini.

Baginya, setiap garisan yang dilorek di atas kepingan kanvas putih membawa seribu makna yang tersirat.

Biarlah mata lain tidak mampu mentafsirkannya asalkan mata tuanya dapat 'membaca' setiap intipati lukisannya.

"Itulah seni. Jiwa saya sudah sebati dengan lukisan kerana sejak kecil itulah hobi saya.

"Malah saya juga tidak mendapat tentangan daripada ibu bapa, isteri dan anak- anak. Mereka menyokong penuh hobi saya yang juga dijadikan pendapatan sampingan kepada kami," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini baru-baru ini.

Tatkala kaki melangkah ke sudut yang sememangnya dikhaskan untuk dia melukis, hati terpegun melihat koleksi lukisan potret yang dipamerkan di situ.

Menjadikan terataknya sebagai galeri mini, Yahya sedia menerima kunjungan peminat seni serta bersedia menerima tempahan.

Menceritakan detik permulaan dia meminati bidang lukisan, Yahya tersenyum cuba mengimbau kenangan 44 tahun lalu.

Segalanya bermula sekitar tahun 1965 ketika usianya baru mencecah 15 tahun. Apabila menyedari bakat yang ada, tanpa perlu menunggu masa lama, dia terus melanjutkan pelajaran ke Akademi Nanyang di Singapura.

"Semasa di akademi itu, saya belajar bagaimana untuk memperbaiki mutu lukisan selain mendalami selok belok beberapa jenis lukisan.

"Akhirnya saya menyedari lebih berminat untuk melukis potret. Sehingga kini ia sudah sebati dengan jiwa," katanya yang sudah banyak menyertai pameran seni di seluruh negara.

Karyanya juga pernah dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara pada pameran seni sekitar tahun 2007.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.