saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 28/07/2009

Hutan Bandar 'medan' mendapat ilham

JOHOR BAHRU 27 Julai - Bagi pelukis tanah air, Yahya Mohamed, 59, tempat melukis juga memberi ilham kepadanya dalam berkarya.

Menurutnya, kawasan persekitaran yang tenang, hijau dan mendamaikan sedikit sebanyak mempengaruhinya dalam menghasilkan sebuah karya yang bermutu sekali gus memuaskan hati pelanggannya.

Selain melukis di rumah, dia turut menjadikan taman rekreasi Hutan Bandar, di sini sebagai 'medan' untuknya mengutip ilham.

Biarpun begitu, dia hanya akan melukis di Hutan Bandar pada Sabtu dan Ahad bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang.

''Mula-mula ia sekadar mencari ilham, namun melihat kepada suasana dan sambutan daripada pelanggan, ia dijadikan rutin mingguan saya.

''Lagipun ia memudahkan saya untuk berurusan dengan pelanggan yang menempah lukisan. Mungkin mereka sukar untuk mencari rumah saya dan mereka boleh mencari saya di Hutan Bandar," katanya.

Ditanya mengenai lukisan potret yang sering kali dihasilkan, Yahya berkata, ia bergantung kepada saiz dan kerumitan gambar asal yang diberi.

Katanya, satu lukisan potret, dia mampu untuk menyiapkannya dalam tempoh antara sehari dan dua hari serta dijual pada harga antara RM200 dan RM1,000 bergantung kepada saiz.

Namun, bagi Yahya, serumit mana gambar asal yang diberi, ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk menghabiskan lukisan tersebut.

''Ia merupakan satu penghargaan kepada saya oleh pelanggan kerana percayakan saya untuk menjadikan 'wajah' mereka sebagai lukisan potret.

"Kepuasan mereka adalah suntikan semangat kepada saya," katanya.

Ujarnya, dia tidak akan berputus asa dengan pilihan yang dibuat 40 tahun lalu dan terus melukis sehingga akhir hayat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.