saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 28/07/2009

Ditipu Pak Arab ketika buat pengeluaran ATM

KUALA LUMPUR 27 Julai - Penipuan melibatkan warga Arab berlaku lagi. Kali ini, seorang ejen kad kredit pula yang menjadi mangsa apabila kerugian RM5,000.

Kejadian berlaku pada pukul 8 malam ketika See Teck Chuan, 32, berurusan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Sri Gombak, dekat sini, 21 Julai lalu.

Mangsa dihampiri tiga warga Arab termasuk seorang wanita berusia di antara 30 dan 50 tahun yang menegurnya semasa sedang membuat transaksi.

"Wanita warga asing itu meminta tolong saya mengambil sejumlah wangnya iaitu RM1, RM5 dan sekeping 1 dolar Amerika yang terjatuh di atas lantai sambil menunjukkan pinggangnya sakit.

"Namun setelah menyerahkan wang itu kepada wanita tersebut, dia enggan pula mengambil dan meminta saya meletakkannya kembali," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini hari ini.

Pada masa sama, seorang lagi rakan wanita tersebut datang dan memarahinya kerana mengambil wang tersebut yang bukan miliknya.

Katanya, kedua-dua mereka kemudian saling bertikam lidah sebelum wanita, lelaki itu dan seorang lagi beredar meninggalkan bank tersebut.

"Pada masa sama, saya tidak perasan seorang lagi lelaki telah mengambil kad ATM saya, malah berjaya membuat pengeluaran RM1,500 di situ," katanya.

Teck Chuan berkata, kesemua suspek kemudian membuat pengeluaran sebanyak RM3,000 lagi dengan menggunakan kad ATM miliknya di beberapa tempat lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.