saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 28/07/2009

Kenangan serangan Geng Komando


Ghazali Nawi


KEPERITAN ketika menahan sakit setelah tiga butir peluru dari rifel M-16 menembusi leher hingga ke tulang bahu masih segar terpahat dalam ingatan Sarjan Ghazali Nawi yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Masakan boleh dilupakan peristiwa serangan kumpulan penjenayah amat ditakuti, Geng Komando, di Taman Seri Bahtera, pada 1992 itu kerana ia hampir meragut nyawanya.

Peristiwa itu juga mengakibatkan rakannya, Konstabel Abdul Rahim Manan dari Paroi, Negeri Sembilan, menemui ajal.

Kata Ghazali, 49, yang kini menjawat jawatan Ketua Polis Balai Komuniti Alam Damai di Cheras, peristiwa itu benar-benar menyedarkan dirinya bahawa ajal dan maut itu di tangan Allah.

Malah amat bertepatan dengan kata pepatah Melayu - 'berpantang maut sebelum ajal' yang dipegangnya sehingga kini.

Mengingatkan kembali peristiwa itu, dia bukan sahaja ditembak di leher malah terjatuh betul-betul di hadapan kereta dinaiki oleh tiga penyerang Geng Komando tersebut.

"Jika mereka memilih untuk melenyek saya (melanggar dengan kereta) untuk melarikan diri, sudah tentu saya dah meninggal dunia pada malam itu," ujarnya.

Beliau berkata, mujurlah kumpulan itu berundur beberapa meter sebelum memecut laju dari tempat kejadian.

"Mungkin takut tersangkut jika melenyek saya," katanya yang kelihatan kurus berbanding berat badannya ketika kejadian berkenaan 17 tahun lalu.

Diminta menceritakan lebih lanjut, Ghazali berkata, serangan itu sebenarnya ditujukan kepada Ketua Polis Balai Cheras dan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9), Bahadon Baharum.

Geng Komando, kumpulan penjenayah amat dikehendaki polis pernah bertindak nekad melarikan dua laras rifel M-16 dari sebuah kem tentera di Port Dickson, awal tahun 90-an.

Mereka melakukan rompakan bersenjata tetapi beberapa ahli kumpulan itu berjaya ditumpaskan oleh Bahadon yang dikenali, 'Malaikat Maut' dan rakan-rakannya.

"Maka sebab itu, kumpulan tersebut menyimpan dendam kepada Bahadon dan anggota polis amnya," katanya.

Ghazali berkata, pada hari kejadian, dia bersama dua anggota sedang berkawal di Pondok Polis Cheras sebelum ternampak sebuah kereta jenis Ford Laser dinaiki oleh tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Melihatkan keadaan mereka yang berlegar-legar di kawasan perumahan berkenaan pada pukul 12 tengah malam, dia mengambil keputusan untuk menahan kereta itu.

Setelah kereta itu berhenti di persimpangan jalan, Ghazali dan Abdul Rahim menghampiri ketiga-tiga lelaki itu dan mengarahkan mereka keluar dari kereta.

Pada masa sama, Abdul Rahim mengarahkan salah seorang mereka membuka bonet belakang kereta itu dan tanpa disedari seorang suspek melepaskan tembakan ke arah mereka berdua.

"Akibat tembakan itu, Abdul Rahim meninggal dunia di tempat kejadian manakala saya yang juga terkena peluru terjatuh di hadapan kereta tersebut.

"Seorang lagi anggota polis bertindak berlindung di dalam longkang besar dan melepaskan tembakan yang mengenai salah seorang penjenayah terbabit," katanya.

Apa menyedihkan beliau ialah apabila Bahadon yang tiba di tempat kejadian tidak lama selepas itu, mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada dirinya.

"Bahadon kata, sepatutnya dia yang mati pada hari itu dan bukannya Abdul Rahim," ujarnya sebak apabila mengingati semula peristiwa tersebut.

Ghazali kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan terpaksa direhatkan daripada tugas-tugas berat selama tiga tahun.

"Saya bersyukur, beberapa tahun selepas kejadian itu, saya mendapat tahu ahli Geng Komando yang menembak kami dan membunuh arwah Abdul Rahim telah digantung sampai mati," katanya.

Baginya, peristiwa itu adalah satu dalam sejuta kenangan tidak akan dilupakan sejak menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 September 1979.

Ditanya komennya terhadap segelintir masyarakat yang lantang mengkritik pasukan itu, dia hanya mampu berdoa agar sumbangan PDRM dihargai oleh negara.

Ghazali turut gembira dengan pencapaian hidupnya meskipun cuma berpendidikan rendah.

Beliau menasihatkan agar pegawai polis muda agar lebih berdedikasi dan banyak belajar dalam menjalankan tugas.

"Saya lihat ramai anggota baru tidak mahu belajar bersungguh-sungguh dan terpaksa disuruh baru boleh menjalankan tugas selain tidak memiliki disiplin.

"Mereka seharusnya lebih gigih dan mempunyai inisiatif untuk maju," katanya dan memberitahu ia hanya nasihat ikhlas sebagai 'orang lama' dalam pasukan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.