saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/07/2009

Jarak usia bukan isu besar bagi Norman pilih Dr. Shireen

KUALA LUMPUR 27 Julai - Jarak usia tujuh tahun antara beliau dan bakal isteri bukan isu besar buat artis popular, Norman Abdul Halim (gambar).

Norman, 37, yang juga pengasas kumpulan KRU sebaliknya berpendapat, perbezaan umur antara beliau dengan bakal isterinya, Dr. Shireen Hashim, 44, hanyalah sekadar angka semata-mata

Menurut Norman, apa yang paling penting ialah kasih sayang yang terjalin antara mereka berdua.

''Saya juga percaya sifat saling memahami bakal menjadi ikatan yang akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua," kata Norman kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Seperti yang diketahui ramai, Norman dan Shireen bakal diijabkabul pada 7 Ogos ini di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara di sini.

Norman yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRU Bhd. mula berkenalan dengan Shireen Hashim sejak 11 tahun lalu pada majlis pernikahan adiknya, Edry dengan Milia.

Shireen merupakan sepupu kepada Milia.

''Pada waktu itu perkenalan kami sebagai kawan biasa sahaja. Bagaimanapun, kami menjadi semakin rapat sejak empat tahun lalu,'' cerita Norman.

Shireen pernah bertugas sebagai Pengarah dan Ketua Serantau Hal Ehwal Korporat Asia Pasifik, Rantau Asia Tenggara dan India JT International Berhad sebelum menyertai KRU Bhd. dua tahun lalu dengan memegang jawatan sebagai CEO KRU International.

''Dalam soal ini Shireen menjadi salah seorang kakitangan KRU bukan mahu mengurat saya.

''Sebaliknya dia juga gigih mahu memastikan hubungan kami terjalin dengan lebih mesra,'' jelas Norman mengenai bakal isterinya itu.

Ditanya keistimewaan wanita berkenaan, tanpa teragak-agak Norman KRU memberitahu, Shireen memiliki sifat-sifat wanita pilihannya.

''Saya mencari seorang isteri yang benar-benar memahami tugas dan tanggungjawab saya pada syarikat kerana sejak dulu saya sudah berkahwin dengan kerjaya saya.

''Shireen ada ciri-ciri itu dan dia tidak mengganggu kerja saya dan sentiasa membakar semangat saya,'' kata Norman.

Menurut Norman lagi, kerana tugas dan tanggungjawabnya itulah dia tidak memilih bakal isteri dari kalangan artis atau selebriti .

''Kalau kita berkahwin dengan artis atau selebriti banyak sangat kerenahnya dan sentiasa mahu kita memberi perhatian kepadanya.

''Saya tidak boleh beri perhatian 24 jam kepada isteri yang begini. Bagi saya syarikat dan tugas memerlukan saya lebih daripada itu,'' kata Norman berterus-terang.

Menyentuh soal anak pula, sambil ketawa Norman berkata, sejak dahulu lagi dia sentiasa menyimpan hasrat untuk menimang empat orang cahaya mata.

''Kalau boleh dua lelaki dan dua perempuan. Tetapi apa juga yang Allah berikan saya terima. Saya tidak akan merancang kerana kurniaan Allah itu adalah sebagai pengikat kasih sayang suami isteri,'' ujarnya.

Sementara itu, Norman mengumumkan, tiada sebarang jumlah wang hantaran yang akan diberikan kepada Shireen pada majlis pernikahan mereka kelak.

Sebaliknya, Norman berkata, beliau memilih untuk menghadiahkan sekeping hati yang ikhlas dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi buat bakal isterinya itu.

Pada majlis pernikahan itu juga, Norman akan menghadiahkan lima dulang hantaran antaranya sebentuk cincin emas putih bertatah berlian dan mas kahwin yang enggan disebut jumlahnya serta sepasang baju, manisan dan buah-buahan.

''Memang ada yang bertanya berapa wang hantaran yang akan saya berikan kepada bakal isteri saya.

''Bagi saya itu semua tidak memberi apa-apa makna. Keikhlasan hati dan kasih sayang berkekalan adalah hantaran yang paling mulia," katanya mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.