saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 30/07/2009

Bernas perjelaskan kedudukannya tidak terjejas

KUALA LUMPUR 29 Julai - Padiberas Nasional Bhd. (Bernas) hari ini menjelaskan bahawa kedudukannya sebagai syarikat strategik pembekalan beras negara tidak terjejas dengan penguasaan 31 peratus ekuiti oleh syarikat dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak).

Tindakan Wang Tak membeli kepentingan melalui pasaran terbuka tidak mengakibatkan perubahan struktur penguasaan dan pengurusan Bernas, kata Bernas dalam kenyataan di sini.

Katanya, sebagai sebuah syarikat awam yang disenaraikan, Bernas tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mengawal pembelian saham oleh mana-mana pihak yang bebas membeli di pasaran terbuka.

''Bagaimanapun, sebagai syarikat yang mempunyai kepentingan strategik negara, kepentingan semua pihak yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang saham adalah dilindungi,'' tegas Bernas lagi ketika mengulas laporan tentang pembelian kepentingan oleh Wang Tak itu hari ini.

Menurut Bernas lagi, sebagai syarikat senaraian awam, urusan perniagaan Bernas adalah tertakluk di bawah terma-terma dan ketetapan Bursa Malaysia Bhd.

Katanya, selepas penyenaraian Bernas di papan utama pada 25 Ogos 1997, hala tuju dan pengurusan syarikat itu adalah di bawah kawalan penuh Lembaga Pengarah Bernas yang diwakili secara adil oleh pemegang-pemegang saham utama dan minoriti syarikat.

Mereka termasuk Kerajaan Malaysia sebagai Pemegang Saham Khas yang diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ini dinyatakan dalam peruntukan dan syarat-syarat yang termaktub dalam Memorandum dan Tataurusan Syarikat serta Perjanjian Penswastaan yang ditandatangani di antara Bernas dan Kerajaan Malaysia pada tahun 1996.

Di antaranya, pegangan dan penguasaan pelabur asing diperjelaskan secara terperinci seperti berikut:

n Artikel 3 (1), Memorandum dan Tataurusan Syarikat: Mana-mana penggabungan yang boleh mengakibatkan pindahan kuasa atau pengurusan Syarikat kepada mana-mana individu atau firma asing atau mana-mana firma kawalan asing adalah tidak dibenarkan sama sekali.

n Di bawah Artikel yang sama, perenggan (3): Selain daripada individu yang tersenarai, sebarang individu atau wakil mana-mana pihak yang ingin dilantik dalam Lembaga Pengarah perlu mendapat persetujuan bertulis daripada Pemegang Saham Khas.

n Artikel 8 dan 9, Memorandum dan Tataurusan Syarikat: Pemegang Saham Khas mempunyai kuasa veto ke atas sebarang resolusi Lembaga Pengarah atau pemegang saham Bernas atau sebarang peruntukan dalam Memorandum dan Tataurusan Syarikat, sekiranya kerajaan mendapati ia perlu berbuat demikian demi kepentingan nasional dan keselamatan negara.

Sehubungan itu, kata Bernas, pihaknya yakin dengan kerjasama erat kerajaan, sebarang risiko ke atas penguasaan pelabur asing dalam industri strategik seperti padi dan beras adalah dapat dibendung, bersandarkan peruntukan dan ketetapan yang telah dinyatakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.