saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 31/07/2009

Individu inkues Beng Hock setuju serah sampel DNA

PETALING JAYA 30 Julai - Dua individu yang terbabit dalam inkues kematian Teoh Beng Hock bersetuju untuk tampil menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mereka secepat mungkin untuk dianalisis.

Mereka ialah Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa dan juruteknik sebuah syarikat, Lee Wye Wing.

Peguam, Gobind Singh Deo berkata, Boon Hwa telah menyatakan persetujuan kepadanya untuk hadir memberikan sampel DNA miliknya, esok.

Beliau bagaimanapun tidak pasti kesediaan Wye Wing kerana dipercayai berada di luar daerah.

"Saya sedia untuk mengiringi Boon Hwa ke mana-mana balai polis untuk menyerahkan sampel DNA.

"Wye Wing pula difahamkan hanya dapat menyerahkan sampel DNA miliknya dalam tempoh dua hari lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, mahkamah dimaklumkan mengenai penemuan DNA seorang lelaki misteri pada belakang kot dan tali pinggang mendiang Beng Hock.

Gobind menjelaskan, Boon Hwa dan Wye Wing bukan enggan menyerahkan sampel DNA mereka seperti dinyatakan peguam, Tan Hock Chuan dalam hari pertama prosiding inkues semalam, tetapi dimaklumkan pada saat-saat terakhir.

"Boon Hwa hanya dihubungi pegawai penyiasat pada pagi Selasa (kelmarin) dan memintanya memberikan sampel DNA kepada polis pada pagi keesokannya. Perkara sama berlaku kepada Wye Ying.

"Bagaimanapun, saya minta Boon Hwa tidak ke balai polis dan terus ke mahkamah semalam (Rabu) kerana dia selaku saksi perlu menghadiri inkues berkenaan," ujar Gobind.

Penemuan mayat Beng Hock, 30, di tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam menjadi misteri kerana kejadian berlaku selepas mendiang memberi keterangan sebagai saksi kepada SPRM Selangor di tingkat 14, bangunan tersebut.

Siasatan tersebut berkaitan penyalahgunaan wang kerajaan negeri melibatkan beberapa orang Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor.

Inkues itu diadakan untuk menyiasat bila, di mana dan bagaimana Beng Hock menemui ajalnya. Ia juga bertujuan mengenal pasti sama ada terdapat orang lain yang terlibat secara jenayah dalam kematian tersebut.

Inkues yang ditangguhkan semalam akan bersambung pada 5 Ogos depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.