saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/08/2009

Tindakan Khalid semasa mesyuarat raja dikesali

KUCHING 31 Julai - Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang 'sibuk' berkempen sepanjang berada di Sarawak sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-218 dikesali kerana seolah-olah tidak menghormati acara berkenaan.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, Abdul Khalid bukan sahaja tidak menghadiri kebanyakan acara yang diatur sepanjang mesyuarat sebaliknya mengadakan aktiviti berkempen di negeri itu.

Menurutnya, perbuatan Abdul Khalid itu seolah-olah tidak beradab mengambil kira Majlis Mesyuarat Raja-Raja berkenaan dipengerusikan sendiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

''Menteri besar itu tidak hadir dalam acara-acara yang dijadualkan kecuali pada malam terakhir. Beliau lebih banyak menggunakan masa semasa berada di sini untuk berkempen dan berpolitik, membawa agenda parti.

''Jika ingin berkempen perlu tengok masa sesuai seperti ketika pilihan raya dan bukannya pada masa ini, malah mungkin baginda (Sultan Selangor) tidak senang hati dengan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau meluangkan masa melawat seorang anggota polis yang terbabit dalam kemalangan sewaktu bertugas mengawal aliran trafik ketika Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-218 di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Beliau diminta mengulas sikap Menteri Besar Selangor yang berkempen ketika berada di Sarawak sedangkan beliau sepatutnya menghadiri acara-acara yang dijadualkan sepanjang Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di bandar raya ini.

Mengenai kempen Menteri Besar itu yang menjanjikan bekalan air percuma kepada rakyat Sarawak seperti di Selangor jika menang pada pilihan raya akan datang, Awang Tengah berpendapat perkara itu bukan sesuatu yang baru.

Sebaliknya, jelas beliau, ia pernah dilaung-laungkan ketika pihak pembangkang berkempen pada pilihan raya kecil di Batang Air.

Katanya, meskipun pembangkang cuba menggunakan isu tersebut untuk menarik sokongan rakyat namun, mereka kalah pada pilihan raya berkenaan malah Barisan Nasional memperoleh kemenangan dengan majoriti yang besar.

Tambahnya, keputusan pada pilihan raya kecil Batang Air menunjukkan rakyat di Sarawak menolak propaganda serta mainan politik pembangkang.

''Jika rakyat kaji dan teliti secara mendalam pemberian air percuma yang dilaksanakan di Selangor itu, tidak semua dapat merasainya kerana mereka yang menggunakan lebih daripada 20 meter isipadu air akan dikenakan caj malah tiga kali ganda.

''Di Sarawak, kerajaan negeri sentiasa membantu dan mendapatkan peruntukan untuk memastikan rakyat memperoleh bekalan air bersih khususnya di luar bandar meskipun terpaksa berdepan dengan kos penyelenggaraan serta rawatan air yang tinggi," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.