saya nak baca ..

REKREASI


ARKIB : 01/08/2009

Kursus 4x4 tingkat penguasaan di hutan


SEBAHAGIAN daripada 30 peserta Kursus Asas Pemanduan Pacuan Empat Roda (4X4) Negeri Selangor yang diadakan di Teratak Riverview, baru-baru ini.


KESUNYIAN hutan pada hari itu digegarkan deruman enjin kenderaan pacuan empat roda (4X4) dan kedengaran juga sahut-sahut suara manusia yang lantang memberi arahan.

Halangan demi halangan berjaya dilepasi walaupun ada di kalangan 30 peserta dan 11 pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor itu masih lagi baru dalam pengendalian 4X4.

Itulah sebahagian daripada suasana bingit dan meriah sepanjang Kursus Asas Pemanduan Pacuan Empat Roda (4X4) Negeri Selangor yang diadakan di Teratak Riverview Tanjung Malim Perak, baru-baru ini.

Kursus selama tiga hari dua malam itu bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai teknik pemanduan 4X4 khususnya di laluan hutan yang jarang dilalui.

Ternyata bentuk muka bumi di kawasan sempadan Tanjung Malim dan Hulu Selangor yang mempunyai laluan curam, berselut dan sempit itu menjadi medan latihan yang baik kepada setiap peserta.

Selain menguasai teknik pemanduan, mereka juga diberi pendedahan tentang kaedah menyelamat dan bantuan apabila ada kenderaan tersangkut di laluan berlumpur.

Segala peralatan seperti winch, hi-lift jack serta kaedah recovery seperti snatch block dikongsi oleh tenaga pengajar.


ANTARA cabaran paling sukar yang ditempuhi peserta sepanjang laluan kursus.


Selain itu, para peserta juga diberi pendedahan menggunakan radio amatur untuk memudahkan komunikasi sepanjang perjalanan.

Ada masanya, pokok dan semak terpaksa ditebang untuk membuka laluan baru manakala arus sungai juga diredah sehingga menimbulkan rasa cemas di kalangan peserta.

Bagi menghidupkan 'kemeriahan' di hutan itu, Jurulatih Kursus, Kamarul Zaman turut mengadakan pertandingan di antara kumpulan bagi menguji pemahaman apa yang dipelajari oleh setiap peserta.

Kumpulan Tango muncul sebagai juara keseluruhan apabila menunjukkan semangat bekerjasama yang padu ketika ujian menukar tayar disempurnakan dalam tempoh tiga minit setengah.

Sijil tamat kursus disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Mohd Isa b. Abdul Aziz kepada semua peserta terlibat.

Mereka yang berminat untuk merasai pengalaman yang sama boleh pada aktiviti akan datang boleh melayari laman web www.projekblackwind.blogspot.com.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:06
Zuhur 1:27
Asar 4:49
Maghrib 7:24
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.