saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 02/08/2009

Perhimpunan berjaya dihalang

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Langkah awal polis mengadakan sekatan di setiap pintu masuk ke ibu negara berjaya menghalang perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dirancang berlangsung hari ini.

Tindakan pihak polis 'membendung' kemasukan penyokong Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) itu menggagalkan cubaan kumpulan tersebut untuk berkumpul dan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

Sekatan polis bermula sejak pukul 12 tengah malam tadi.

Walaupun 100,000 penyokong disasarkan menyertai perhimpunan haram itu, hanya lebih 5,000 orang menghadirinya.

Mereka berhimpun di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu seperti pekarangan pusat beli-belah Sogo, Masjid Negara, Dataran Merdeka, stesen LRT Masjid Jamek dan Pasar Seni.

Tindakan kumpulan terbabit tidak mengendahkan larangan pihak berkuasa daripada berhimpun bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di pusat bandar bahkan menyusahkan orang ramai yang ingin membeli-belah di sekitar kawasan berkenaan.

Beberapa premis perniagaan termasuk pusat beli-belah Sogo dan Kompleks Pertama terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini ekoran kedegilan mereka.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya terpaksa melepaskan gas pemedih mata, bom asap dan semburan air ke arah penyokong setelah mereka enggan bersurai.

"Kami mohon maaf atas kesulitan orang ramai. Ini bukan yang dirancang pihak polis tetapi direncanakan pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan banyak pihak," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati perhimpunan haram itu turut disertai pelajar dan pemimpin pembangkang.

Kehadiran ribuan anggota polis termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berkawal di semua lokasi perhimpunan bagaimanapun berjaya mengekang perarakan kumpulan tersebut ke Istana Negara.

Sehingga pukul 6 petang, masih terdapat penyokong yang berkumpul di Sogo menyebabkan polis terpaksa menahan mereka yang enggan bersurai. Seramai 589 orang ditahan dalam perhimpunan itu.

Pakatan pembangkang dalam sidang akhbar di ibu pejabat Pas petang ini mendakwa perhimpunan itu berjaya mencapai matlamatnya. Bagaimanapun, mereka difahamkan gagal menyerahkan memorandum ke Istana Negara.

Sementara itu, perhimpunan menyokong ISA anjuran Majlis Permuafakatan Ummah (Perwaris) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang juga dijadualkan hari ini, dibatalkan atas arahan polis.

Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara, Khairul Azamdin berkata, pihaknya akur dengan arahan pihak berkuasa tetapi berjaya menyerahkan memorandum kepada Istana Negara melalui seorang wakilnya petang ini.

Sebelum itu, seramai 2,000 penyokong Perwaris dan Perkasa berhimpun di Padang Merbok sebelum berarak ke Dataran Merdeka dan Pasar Seni.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.