saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/08/2009

Revolusi muzik Komplot


KOMPLOT (dari kiri) Jeffny, Amrud, Chino, Haekal dan Zac.


KUMPULAN Komplot agak asing bagi sesetengah peminat muzik tempatan. Namun begitu, Komplot mula menunjukkan taring sejak kebelakangan ini apabila sering diundang dalam menjayakan pelbagai pertunjukan pentas sejak ditubuhkan secara rasmi pada awal tahun 2007.

Dianggotai oleh lima sahabat, nama Komplot semakin dikenali ramai apabila diundang membuat persembahan pada Anugerah Shout! baru-baru ini.

Bagi peminat yang pernah mendengar muzik yang mereka mainkan pasti dapat merasai sendiri kehebatan mereka membawakan lagu Nora Zain dengan penuh tenaga, malah menangkap terus ke telinga setiap yang mendengarnya.

Jeffny, Haekal, Zac, Amrud dan Chino kini optimis bahawa pemuzik generasi baru sudah mula menebarkan sayap dengan begitu agresif sehinggakan menjadi ikutan peminat di seluruh negara.

Revolusi muzik Komplot juga dilihat sesuatu yang segar apabila menampilkan lagu-lagu berentak rock n roll, psychedelic funk, 70s groove, disco punk dan metal sebagai medium utama.

Muzik yang dimainkan juga seolah-olah menarik minat orang ramai untuk terus menari bersama-sama Komplot. Inilah kekuatan Komplot untuk terus bersaing dengan kumpulan muzik yang lain.

Melangkah setapak demi setapak melangkah tidak membuatkan setiap anggota Komplot risau dengan penerimaan peminat. Malah mereka kini berbangga dengan single Nora Zain, Konflik Metropolitan dan Disko Tanpa Risiko yang diterima dengan baik oleh peminat. Langkah yang diatur tidak hanya terhenti setakat itu sahaja. Kini mereka sedang merencanakan EP terbaru yang akan menemui peminat selewat-lewatnya tahun hadapan.

Bukan muzik syok sendiri

Jika kebanyakan penyanyi solo menggunakan khidmat komposer profesional dalam menghasilkan lagu, namun trend itu berlaku sebaliknya kebanyakan kumpulan-kumpulan muzik.

Setiap kumpulan muzik biasanya lebih suka memainkan lagu yang mereka cipta sendiri untuk memberi kepuasan kepada diri sendiri. Hal ini tidak dinafikan oleh Amrud selaku perancang utama Komplot sejak ia ditubuhkan lagi. Jelasnya bermain muzik cita rasa sendiri lebih memberikan kepuasan daripada bermain muzik ciptaan orang lain.

"Kita bermain muzik untuk kepuasan dan keseronokan. Bila seronok bermain barulah puas hati. Buat apa kita bermain muzik semata-mata mahu menghiburkan orang sedangkan kita tak gembira dengan perkara tersebut.

"Bagi saya istilah syok sendiri itu tidak timbul dalam mana-mana kumpulan yang ada. Setiap kumpulan ada cita rasa dan seboleh-bolehnya mahu mempersembahkan yang terbaik," kata Amrud.

Melihatkan maklum balas yang diterima oleh mereka, ada yang kurang selesa dengan muzik yang mereka perjuangkan tetapi masih ramai lagi menyukai konsep yang dibawa.

Kata Amrud lagi, mereka akan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada dari semasa ke semasa bagi memastikan Komplot terus berkembang sama hebat dengan kumpulan- kumpulan arus perdana sedia ada.

Biarpun hakikatnya muzik tempatan memperlihatkan penguncupan dari segi jualan album, revolusi muzik tempatan dilihat semakin berkembang dengan pesat apatah lagi dengan kebanjiran pemuzik indie.

Ia sedikit sebanyak mengurangkan lagi kebergantungan peminat muzik tempatan terhadap muzik luar terutamanya daripada negara jiran.

Jelasnya ini merupakan satu perkembangan yang positif memandangkan pemuzik tempatan mempunyai ruang yang besar sekarang. Namun begitu jurang yang ditinggalkan itu seharusnya diisi dengan muzik yang berkualiti.

"Industri kita kecil sebenarnya jika mahu dibandingkan negara lain. Kalau bukan kita sendiri hormat industri tempatan siapa lagi?

"Sebab itu saya lebih suka melihat pemuzik tempatan membina sendiri industri muzik kita dengan apa cara sekalipun. Ia ibarat maruah kita dan janganlah pula kita juga yang mencemarinya.

"Tapi bila melihatkan banyak penganjur yang mula memilih band-band tempatan dalam setiap konsert, itu merupakan satu perkembangan yang positif," katanya yang berbangga apabila melihat kemaraan pelapis-pelapis baru industri muzik tempatan.

Biarpun kebanyakan anggota Komplot dikategorikan sebagai dewasa, mereka tidak kisah seandainya berkongsi pentas dengan kumpulan-kumpulan yang masih muda remaja yang semakin bertambah. Malah tidak sedikitpun perasaan tergugat mahupun kurang senang terlintas difikiran mereka mengenai perkara tersebut.

"Kalau diikutkan memang itu adalah persaingan yang sihat. Tapi itu bukan masalah yang besar kerana itu rezeki mereka. Mereka jugalah yang akan menyambung perjuangan pemuzik yang terdahulu," katanya lagi.

Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kumpulan ini, boleh melayari www.myspace.com/komplotan atau www.komplot.com.my untuk maklumat lanjut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.