saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/08/2009

Melayu diperkuda menentang ISA

SHAH ALAM 2 Ogos - Perhimpunan haram semalam menyaksikan orang Melayu telah diperguna dan diperkudakan pihak tertentu untuk menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar berkata, jika benar orang Melayu mahu berdemonstrasi untuk menghapuskan ISA, ia sepatutnya telah lama dilakukan iaitu semasa penahanan ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Jemaah Islamiah, bukannya semalam.

''Tetapi waktu kita tangkap ahli KMM dan JI yang memang melibatkan orang Melayu, tiada gerakan untuk mansuhkan ISA kerana kita orang Melayu memahami keadaannya.

''Isu yang hangat sekarang ialah pertubuhan haram Hindraf... siapa Hindraf ini... Ada ke orang Melayu ditahan semasa isu Hindraf ini.

''Kenapa sekarang orang Melayu nak dijadikan alat oleh orang lain yang nyata mahu ambil kesempatan demi kepentingan politik," kata beliau selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kota Raja di Bukit Kemuning di sini hari ini.

Menurut Noh, perhimpunan haram semalam juga menunjukkan pemimpin pembangkang tidak mahu menerima apa juga kenyataan kerajaan mengenai ISA kerana mereka mahu menangguk di air yang keruh.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memberitahu yang kerajaan akan mengkaji dan lihat mana-mana peraturan dalam ISA.

Malah, beliau sendiri semasa menjadi Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri pernah meminta agar peraturan yang boleh menyebabkan salah guna kuasa oleh pihak polis dan menteri dilihat semula.

''Kita dah lama buat semua itu, pembangkang kita tengok cuba nak jadi hero dalam isu ini kerana memang cara mereka selalu nak jadi hero di penghujung jalan.

''Katalah esok kalau kita pinda ISA, mereka akan mendabik dada mendakwa bahawa merekalah yang memperjuangkan pindaan ISA dengan cara demonstrasi.

''Mereka akan anggap dan gelar orang yang terlibat dalam demonstrasi sebagai pejuang kepada keadilan," ujar beliau lagi.

Noh yakin pembangkang juga akan menggunakan isu penahanan 589 orang dalam perhimpunan semalam untuk menutup kelemahan mereka semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Ini kerana kata beliau, tarikh pilihan raya kecil itu agak hampir dengan perbicaraan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

''Sebelum ini, mereka cuba menutup isu kes rasuah pemimpin sendiri dengan mempolitikkan kematian Setiausaha Politik seorang Exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock.

''Apabila kerajaan tubuh suruhanjaya dan inkues mereka kehabisan modal dan cuba naikkan isu ISA semula dengan menganjurkan perhimpunan haram untuk memesongkan rakyat," kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:15
Maghrib 7:10
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.