saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/08/2009

Cerahkan yang gelap, putihkan yang hitam

POLIS dah larang tetapi mereka degil! Akibatnya, menyusahkan orang ramai. Pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan. Pemandu teksi yang mahu menikmati kadar meter baru juga kempunan.

Peniaga pasar malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman kelam kabut, barangan yang dijual juga rosak. Mereka rugi. Di dalam kedai, orang ramai yang sedang membeli-belah juga ‘terperangkap’.

Semuanya gara-gara demonstrasi 1 Ogos oleh orang Melayu (khabarnya 95 peratus) yang mahu supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan. Sebelum ini orang Melayu juga berarak kerana mahu mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Alahai Melayu! Apakah ini budaya baru yang mahu diterapkan? Banyak benda lain yang ‘menyentuh dan menyakitkan’ Melayu tetapi tidaklah sampai demonstrasi sebegini. Demonstrasi sekadar mahu serah memorandum. Maka ada yang berkata, satu tindakan bodoh dan bebal.

Tidak adakah cara lain yang lebih sopan supaya ia tidak menyusahkan orang ramai? Kenapa tidak hantar saja dua tiga wakil jumpa pihak berkenaan dan serahkan memorandum? Rasanya yang menganjurkan demonstrasi itu adalah bijak pandai belaka, boleh berfikir secara matang.

Lebih baik demonstrasi di stadium, contohnya di Shah Alam. Menjerit, melolong dan berucaplah puas-puas di situ, kemudian mereka yang berucap itu naik dua tiga biji kereta hantar memorandum ke istana. Mungkin boleh disediakan polis trafik iringi mereka. Selesai. Tak menyusahkan orang ramai.

Mungkinkah cara sopan itu tidak seronok, tidak popular, tidak dapat menunjukkan kehebatan mereka sebagai penganjur atau pun tidak boleh menjadi `produk pelancongan?’ Tetapi apabila arahan diingkar dan polis bertindak, maka polis juga dipersalahkan. Nasib baik mereka yang terlibat tidak diISAkan.

Semoga apa yang berlaku Sabtu lalu tidak berulang lagi selepas ini. Penulis tidak mahu terlebih selak isu ini kerana lebih berminat dengan politik di Permatang Pauh.

Ini kerana Permatang Pauh akan beraya sekali lagi. Kali ini pastinya sebelum hari raya sebenar – Hari Raya Aidilfitri. Jika tidak mahu tergesa-gesa, maka Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir itu mungkin diadakan pada bulan Ramadan atau selepas hari raya. Jika hendak dipercepatkan, pastinya menjelang 22 Ogos.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan hari penamaan calon dan pengundian selewat-lewatnya pada 10 Ogos ini. Ini kali kelapan PRK diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Sebelum ini tiga PRK melibatkan kawasan Parlimen iaitu Permatang Pauh (Ogos 2008) diikuti Kuala Terengganu (Januari 2009) dan Bukit Gantang (April 2009) manakala DUN pula di Bukit Selambau, Batang Air (April 2009) , Penanti (Mei 2009) dan Manek Urai (Julai 2009).

Bagi kawasan Permatang Pauh, ini kali ketiga, selepas dua kali PRK diadakan akibat peletakan jawatan penyandang kerusi Parlimen dan kerusi DUN Penanti. Kedua-duanya wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).

PRK Parlimen Permatang Pauh berlangsung pada 26 Ogos 2008 selepas Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim ‘mengambil alih’ kerajaan pusat sebagai Perdana Menteri pada 16 September. Ini diikuti PRK Penanti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan untuk melanjutkan pelajaran.

Bagaimanapun BN tidak menyertai PRK Penanti dengan alasan kekosongan tersebut sebagai disengajakan.

Tetapi kali ini, PRK ketiga di Permatang Pauh akan menyaksikan pertembungan semula BN – Pas kerana kekosongan itu berlaku disebabkan faktor kematian wakil Permatang Pasir, Hamdan Abd Rahman yang sudah tiga penggal mewakili kawasan itu.

Allahyarham satu-satunya wakil Pas di DUN Pulau Pinang. Bekas Pesuruhjaya Pas negeri itu beberapa kali bertanding pada pilihan raya umum. Allahyarham bertanding di DUN Ara Rendang (1986) dan Penaga (1990 dan 1995) sebelum beralih ke Permatang Pasir pada 1999 dan menang dengan majoriti 3,194 undi mengalahkan penyandang, Ahmad Saad (BN). Bermula dari situlah, Pas mengukuhkan kedudukan dan pengaruh. Cubaan BN untuk merampas kerusi itu dengan meletakkan bekas ADUN, Adnan Ramli (Allahyarham) hampir berjaya pada 2004 setelah BN kalah dengan majoriti 679 undi. Tetapi tsunami politik 2008 amat mengejutkan apabila calon Pas mengekalkan kerusi dengan majoriti 5,433 undi.

Apakah kekuatan Pas di Permatang Pasir atau secara umumnya di Seberang Perai?

Sebelum Allahyarham Hamdan, Pas mempunyai wakilnya iaitu Allahyarham Zabidi Ali yang juga pernah menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang. Allahyarham mewakili DUN Sungai Dua (1974 dan 1978) yang ketika itu dalam kawasan Permatang Pauh.

Bagaimanapun Allahyarham tewas pada 1982 menyebabkan Pas tidak mempunyai wakil di DUN sehinggalah Hamdan mengisi kekosongan itu pada 1999.

Menyelak kembali sejarah pilihan raya di DUN Permatang Pasir, kawasan ini pada peringkat awalnya menjadi kubu kuat BN atau UMNO. BN menguasai kawasan itu yang sebelum ini sesetengah kawasan mengundi termasuk dalam kawasan DUN Sungai Dua, Penanti dan Kubang Semang sebelum ditukar menjadi Permatang Pasir pada 1986.

Pada tahun itu, BN menang dengan majoriti 3,056 undi apabila Adnan mengalahkan calon Pas, Ahmad Awang. Pada 1990, Adnan mengekalkan kerusi itu dengan mengalahkan Yusoff Abdul Latib (Pas) dengan majoriti 4,272 undi.

Ini diikuti pada 1995 apabila Ahmad Saad (UMNO) mengekalkan kerusi untuk BN setelah menang dengan majoriti 6,198 undi. Beliau mengalahkan calon Pas, Yusoff (2,566 undi) manakala calon DAP, Mior Ariff Mior Hassan memperoleh 1,577 undi.

Keadaan itu berubah pada 1999 apabila muncul Parti KeAdiLan yang kali pertama menyertai pilihan raya umum. Ketika itu BN bukan setakat hilang Parlimen Permatang Pauh tetapi juga DUN Permatang Pasir dan Penanti.

Kerusi DUN Seberang Jaya hampir terlepas ke tangan KeAdiLan apabila calon BN menang 853 undi sahaja. BN merampas kembali Penanti pada 2004 sebelum hilang sekali lagi pada 2008. Begitulah senario kerusi DUN di Permatang Pauh. Adakah ia menjadi kubu kuat pembangkang?

Ada di kalangan pemimpin UMNO mengakui momentum sekarang boleh membantu BN. Namun ada kawasan dianggap hitam dan bahaya. Justeru, BN tidak mudah untuk menawan kerusi tunggal Pas ini. Apa yang penting jangan berbalah dan berebut. Undi bukan Melayu juga penting di Permatang Pasir. UMNO memerlukan sumbangan MCA dan Gerakan.

Mungkin kerajaan pakatan DAP-PKR akan menjanjikan sesuatu kepada calon Pas yang menang setelah wakil parti itu seolah-olah disisihkan dalam kerajaan negeri.

Pas tidak mungkin melepaskan kerusi itu kepada PKR. Jika sebelum ini Pas meminta kerusi Penanti, adalah mustahil Pas mahu menyerahkan kerusi Permatang Pasir. Jika cakap-cakap seperti ini dibangkitkan, ia hanyalah satu lagi sandiwara politik PKR menjelang PRK itu. Adakah BN akan terperangkap dengan satu lagi sandiwara politik?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:23
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.