saya nak baca ..

SUKAN LUAR NEGARA


ARKIB : 03/08/2009

Carragher bimbang ancaman Owen

LIVERPOOL, England - Pemain pertahanan Liverpool, Jamie Carragher semalam mengakui dia bimbang dengan ancaman serangan yang bakal dilakukan oleh bekas rakan sepasukannya, Michael Owen apabila pemain tersebut bersama Manchester United.

Carragher yakin tindakan bos United, Sir Alex Ferguson menandatangani perjanjian dengan penyerang berusia 29 tahun itu kerana mempunyai rancangan tersendiri kerana Owen sebelum ini sering dibelenggu dengan masalah kecederaan ketika bersama Newcastle.

"Tindakan menandatangani perjanjian dengan Michael Owen satu cabang perniagaan yang bijak oleh United. Dia (Owen) telah memulakan aksi awal musim yang sangat baik.

"Sebelum ini saya berharap dia akan berpindah ke sebuah kelab besar kerana dia menerima kritikan yang banyak di Newcastle.

"Kenapa? Apakah yang membuatkannya melakukan kesilapan di sana? Bagi saya, Michael Owen masih seorang penyerang yang hebat dan pemain contoh sempurna," kata Carragher kepada Sunday Mirror. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.