saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/08/2009

Jambatan Persimpangan Puchong Jaya selamat digunakan
Kini selamat digunakan

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Selamat untuk digunakan.

Itu status terkini struktur jambatan di persimpangan Puchong Jaya, Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) yang sebelum ini dilaporkan retak sepanjang 8.65 milimeter oleh pengguna.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) telah memaklumkan bahawa keretakan itu hanya pada permukaan sahaja dan tidak melibatkan struktur utamanya.

"Setakat ini kita dimaklumkan oleh LLM bahawa ia adalah selamat untuk digunakan kerana keretakan itu hanya pada permukaan sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek jalan sambungan dari Persimpangan Bertingkat Kinrara, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) ke Taman Sri Manja di sini hari ini.

Bagaimanapun, Shaziman berkata, pihaknya tidak memandang mudah keretakan itu dan mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) menyemak secara terperinci laporan yang diserahkan oleh LLM termasuk mengambil langkah susulan sewajarnya.

Beliau berkata, LLM telah memaklumkan kepadanya melalui laporan perunding yang dilantik oleh Lingkaran Transkota Sdn. Bhd. (Litrak) mendapati keretakan yang berlaku tidak kritikal dan tidak menjejaskan kekukuhan struktur jejambat itu.

"Litrak juga pada masa sama setiap tahun membuat pemeriksaan berkala terhadap LDP termasuk strukturnya, bagaimanapun saya meminta JKR membuat semakan kedua terhadap laporan yang diterima LLM, bagi memastikan struktur jambatan itu benar-benar selamat.

"Setakat ini tidak perlu badan bebas menyiasatnya kerana perunding itu hanya membuat laporan sahaja. LLM akan menyiasat untuk pastikan laporan itu betul dan JKR pula akan membuat semakan terperinci terhadap laporan berkenaan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai projek jalan sambungan dari Persimpangan Bertingkat Kinrara, Kesas, Shaziman berkata, apabila siap kelak ia akan memanfaatkan kira-kira 70,000 penduduk di lima buah taman perumahan yang berhampiran.

Katanya, projek yang menelan belanja RM13.6 juta dan dijangka siap pada Oktober 2010 itu, juga akan menyelesaikan masalah kesesakan teruk di Jalan Klang Lama apabila penghuni taman berkenaan dapat menggunakan laluan keluar ke Kesas untuk ke destinasi berhampiran seperti Puchong dan pusat bandar.

"Jambatan ini sebenarnya siap pada 1995 dan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) bersetuju untuk membuat sambungan jalan bagi kegunaan penduduk di lima taman berhampiran, tetapi mungkin kerana masalah-masalah tertentu maka mereka tidak mampu menyediakannya.

"Maka kerajaan telah mengambil inisiatif menyiapkannya dan menyambung terus ke Jalan Klang Lama. Kabinet meluluskannya pada 2007 dan peruntukan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan diterima pada 2008.

"Sejurus diterima peruntukan kewangan, kita telah memulakan kerja-kerja teknikal termasuk membuka tender dan selepas ini tanggungjawab penyelenggaraan jalan akan diserahkan kepada MBPJ," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.