saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/08/2009

Raja Arshad, Rahman terajui Ekuinas

PUTRAJAYA 3 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan Abdul Rahman Ahmad bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Ekuinas berkuat kuasa 1 September ini.

Turut dilantik ialah Datuk Azman Yahya, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Datuk Noriyah Ahmad sebagai ahli Lembaga Pengarah Ekuinas.

Menurut Perdana Menteri, kesemua yang dilantik merupakan profesional berpengalaman dan memiliki reputasi tinggi dan berintegriti.

"Saya yakin pelantikan mereka akan menjadikan Ekuinas sebuah institusi berjaya dan dari semasa ke semasa membina rekod cemerlang dalam mencapai objektifnya," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Raja Arshad adalah bekas Pengerusi Eksekutif PriceWaterhouseCoopers manakala Abdul Rahman merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad.

Azman pula adalah Ketua Eksekutif Kumpulan Symphony House Berhad dan bekas Pengarah Urusan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad; Mohamed Jawhar (Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia) manakala Noriyah merupakan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Najib berkata, Lembaga Ekuinas akan mula memperincikan rangka awal struktur pelaburan dan operasi tidak lama lagi sebelum mengumumkannya pada penghujung bulan ini.

Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Ekuinas sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan persaingan ekonomi negara dan pada masa sama mengekalkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembabitan bumiputera secara berterusan, bermakna serta berkesan menerusi perkongsian tulen dan meritokrasi.

Ekuinas akan mengurus dana awal sebanyak RM500 juta dan akan ditambah secara berperingkat sehingga RM10 bilion.

Institusi pelaburan ekuiti swasta yang baru ditubuhkan ini akan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat tempatan kukuh yang berpotensi berkembang pesat dan mampu menarik penyertaan syarikat-syarikat pelaburan.

Ekuinas juga akan bekerjasama dengan modal persendirian dan menyerap amalan terbaik yang dilaksanakan firma-firma ekuiti persendirian global.Pada 30 Jun lalu, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Ekuinas sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan persaingan ekonomi negara dan pada masa sama mengekalkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembabitan bumiputera secara berterusan, bermakna serta berkesan menerusi perkongsian tulen dan meritokrasi.

Ekuinas akan mengurus dana awal sebanyak RM500 juta dan akan ditambah secara berperingkat sehingga RM10 bilion.

Institusi pelaburan ekuiti swasta yang baru ditubuhkan ini akan memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat tempatan kukuh yang berpotensi berkembang pesat dan mampu menarik penyertaan syarikat-syarikat pelaburan.

Ekuinas juga akan bekerjasama dengan modal persendirian dan menyerap amalan terbaik yang dilaksanakan firma-firma ekuiti persendirian global.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.