saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 05/08/2009

Modifikasi tubuh secara semula jadi


Teknik filler juga digunakan bagi mengurangkan garis pada wajah.


PROSEDUR membentuk atau mengubah wajah dan bentuk badan bukan lagi fenomena luar biasa bagi kebanyakan wanita di Asia.Masalahnya ia turut melibatkan jumlah pengguna Islam yang agak tinggi berbanding hanya beberapa tahun lalu sewaktu ia mula-mula diperkenalkan dengan kos rawatan ratusan ribu ringgit.

Wanita Islam di Arab Saudi misalnya, dikatakan menggilai teknik suntikan filler untuk menegang atau membentuk semula payu dara.

Selalunya mereka memilih kaedah Macrolane disebabkan ia menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa lemak haiwan dan dijamin 'selamat'.

Apatah lagi kesannya tidak terlalu ketara, berbeza dengan pembedahan kosmetik yang mengubah fizikal dengan menonjol, kadang kala dengan kesan sampingan hodoh atau berbahaya.

Menjelaskan lebih lanjut kaedah ini, Dr. Heng Kien Seng berkata, Macrolane merupakan prosedur pembentukan tubuh badan menggunakan asid hyaluronic berasaskan teknologi NASHA (Stabilized Non-Animal Hyaluronic Acid).

"Teknologi ini telah digunakan selama hampir 10 tahun untuk lebih 9 juta prosedur di 70 buah negara seluruh dunia dan terbukti secara klinikal dari aspek rawatan wajah," kata pakar bedah plastik dan kosmetik Nicanor Clinic itu.

Produk tersebut dikeluarkan oleh Q-Med AB, kumpulan syarikat bioteknologi dari Sweden yang juga mencipta Restylane, yang digunakan dalam lebih 10 juta rawatan di seluruh dunia sejak 1996.

Berbeza dengan kebanyakan produk di pasaran, ia merupakan gel berasaskan asid hyaluronic iaitu sebatian dalam tisu bebas sulfat yang menambah isi padu, melembap dan berinteraksi dengan serat kolagen dan elastin untuk memperbaiki struktur kulit.

Asid hyaluronic terdiri daripada molekul polysaccharide (karbohidrat) yang asalnya berfungsi melicinkan kulit dan sendiri serta membentuk bebola mata manusia.

Justeru ia merupakan sub-struktur cecair kulit yang menentukan keanjalan kulit namun lama kelamaan, pengedaran asid tersebut dalam kulit akan berubah mengikut usia.

Akhirnya, kulit menjadi kering, nipis, bermasalah, lembik dan kurang anjal yang mengakibatkan pembentukan garisan dan kedutan tanda lanjut usia.

"Penstabilan minimum asid hyaluronic menghasilkan sebatian endogen dengan kesan terapeutik yang tahan lama.

"Malah ia juga boleh terhapus secara biologi lalu bercampur semula dengan tisu, membolehkan nutrien penting melepasi tisu berkenaan," jelas Dr. Heng.

Menurut beliau, di samping memperbaiki bentuk badan seperti betis, payu dara dan punggung, Macrolane juga boleh digunakan untuk meratakan kecacatan pada permukaan kulit akibat rawatan menyedut lemak atau parut pembedahan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.