saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 05/08/2009

Pecah lemak selepas bersalin


Rawatan memecahkan lemak dilakukan pada bahagian lengan yang menjadi besar selepas melahirkan anak.


WANITA yang pernah melahirkan anak biasanya akan mengalami masalah pengumpulan lemak di beberapa bahagian badan seperti perut, bawah lengan, paha dan pinggul.

Ini mempengaruhi bentuk badan yang nampak 'kembang' dan besar daripada bentuk badan sebelum hamil. Selain itu, wajah juga nampak tembam dan berisi.

Bagi membantu mengatasi masalah lemak yang sering dihadapi wanita, kini terdapat banyak pusat rawatan dan spa yang menyediakan perkhidmatan memecahkan lemak.

Pemilik Farisa Spa Beauty Buluh Perindu, Yom Rafidah Sharip berkata, biasanya golongan wanita yang menghadapi masalah pengumpulan lemak di beberapa bahagian badan adalah mereka yang berumur 30 tahun ke atas dan pernah melahirkan anak.

"Selepas bersalin anak pertama biasanya masalah lemak ini tidak begitu ketara dan wanita dapat semula bentuk badan yang asal.

"Bagaimanapun bentuk badan semakin mengembang apabila hamil anak kedua dan seterusnya selepas melahirkan. Pada masa ini, lemak nampak begitu ketara dan mengambil masa untuk dikurangkan,'' kata Yom Rafidah atau mudah dipanggil Aida sahaja.

Beliau berkata, wanita yang gemuk dan mempunyai banyak lemak akan terasa berat badan, tidak selesa, lesu, mengah dan sesak nafas. Mereka juga sukar bergerak dan malas hendak berjalan sebaliknya lebih suka duduk atau berbaring.

Menurut Yom Rafidah, pelanggan yang datang ke spanya bagi mendapatkan rawatan memecahkan lemak ini akan terlebih dahulu menjalani rawatan sauna bagi membuang kolesterol yang ada di dalam badan.

"Bagi mereka yang baru pertama kali merasai sauna akan menerima rawatan sauna ini selama 10 minit sementara yang telah biasa selama 15 minit. Semasa rawatan dijalankan, peluh dan toksin akan keluar dengan banyak.

" Selepas itu bahagian-bahagian badan yang hendak dipecahkan lemak seperti perut, lengan dan paha akan disapu dengan krim yang memanaskan bahagian tersebut seterusnya bertindak memecahkan lemak secara perlahan-lahan.

"Saya syorkan agar pelanggan mendapatkan rawatan permulaan sebanyak tiga kali. Jika nampak kesan selepas itu, buat tiga kali lagi bagi hasil yang lebih memuaskan hati. Selepas rawatan, pelanggan akan berasa selesa dan kerap membuang air kecil dan besar.

" Bagi penjagaan harian di rumah, pelanggan dinasihatkan mengambil minuman herba yang dijual di spa ini pada setiap hari,'' katanya.

lTerima kasih FARISA SPA BEAUTY BULUH PERINDU (012-3102455)

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.