saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 06/08/2009

Empat lagi kematian akibat H1N1

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini hari ini mencatatkan empat lagi kes kematian, kes kematian tertinggi dalam sehari.Sebanyak 16 lagi kes baru turut dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, angka terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 meningkat kepada 1,476 kes dengan 12 kematian sejak ia mula dikesan di negara ini.

Katanya, semua kes terbaru yang dilaporkan hari ini merupakan jangkitan tempatan. 10 daripadanya merupakan kejadian daripada tiga kluster baru dan enam kes terpencil.

Beliau berkata, tiga kematian yang dilaporkan juga adalah kes terpencil.

Tiga kes kematian terbaru itu dilaporkan berlaku di Melaka dan seorang lagi di Hospital Batu Pahat:

*Daripada tiga kanak-kanak yang mati di Melaka, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mempunyai sejarah jangkitan saluran pernafasan kronik.

*Seorang lagi mangsa ialah kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik.

*Mangsa ketiga, seorang pemuda berusia 20 tahun yang menghidap asma kronik dimasukkan ke Hospital Melaka, Ahad lalu dengan simptom demam, batuk dan sesak nafas sejak 31 Julai lalu.

*Seorang mangsa lagi ialah kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang meninggal dunia di Hospital Batu Pahat awal pagi ini.

Sehingga kini sebanyak 193,686 kes dengan 1,361 kematian telah dilaporkan di 171 negara.

Mohd. Ismail berkata, tiga lagi negara iaitu Grenada, Kiribati dan Tokelau menjadi lokasi terbaru penularan wabak H1N1 itu di seluruh dunia.

Katanya, mereka yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan.

Beliau berkata, rawatan itu berkesan mengubati pesakit dengan jangkitan virus H1N1 dalam tempoh 24 jam selepas dijangkiti.

''Selepas menerima rawatan, pesakit hendaklah berada di rumah dan mengurangkan pergaulan serta menjaga kebersihan diri,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.