saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 07/08/2009

Dua lagi kematian akibat selesema babi

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Dua lagi kematian membabitkan wabak selesema babi atau influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan angka korban akibat pandemik itu meningkat kepada 14 orang di seluruh negara.

Dua kematian terbaru itu ialah masing-masing satu kes di Pahang dan Putrajaya hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kematian ke-13 itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang telah mengalami gejala demam, sakit tekak dan selesema pada 24 Julai lalu.

"Kanak-kanak itu telah mendapat rawatan di klinik swasta. Dia kemudian mengadu mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 31 Julai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kanak-kanak itu kemudiannya disahkan menghidap H1N1 pada 2 Ogos lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital tersebut sehari selepas itu.

"Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari semalam," katanya.

Sementara kes kematian ke-14 pula melibatkan seorang pesara lelaki berusia 57 tahun yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau berkata, lelaki berkenaan telah dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya kelmarin setelah mengalami demam, batuk dan sesak nafas.

Lelaki itu yang kemudiannya disahkan dijangkiti H1N1 bagaimanapun disahkan meninggal dunia semalam akibat jangkitan itu.

Dalam pada itu, Mohd. Ismail berkata, terdapat 16 kes baru H1N1 yang dilaporkan hari ini dan kesemuanya berpunca daripada jangkitan tempatan.

Angka itu menjadikan jumlah terkumpul kes H1N1 sehingga kini adalah sebanyak 1,492 dengan 14 kes kematian sehingga setakat ini.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.