saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/08/2009

Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara lancar kempen kutip tandatangan

PETALING JAYA 6 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara (PJU) malam ini melancarkan kempen mengumpul tandatangan bagi menyokong Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin berhubung kenyataannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading Sabtu lalu.

Pelancaran kempen tandatangan itu dilakukan pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO PJU di sini.

Pengumpulan tandatangan itu turut disertai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim yang turut sama menurunkan tandatangan beliau.

Kempen berkenaan akan digerakkan ke seluruh UMNO Bahagian PJU melibatkan pemimpin dan ahli di peringkat bahagian dan ketiga-tiga sayap.

Kempen berkenaan akan mula digerakkan malam ini dan kemudian diserahkan dalam masa terdekat kepada Timbalan Perdana Menteri.

Selain Razali, turut sama menurunkan tandatangan ialah Ketua UMNO Bahagian PJU, Datuk Ikhwan Salim; Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hisham Nordin; Ketua Pemuda Bahagian, Latt Sharizan Abdullah dan juga wakil sayap Wanita dan Puteri bahagian berkenaan.

Pada majlis itu juga, seluruh pemimpin dan ahli Pemuda bahagian berikrar menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Muhyiddin dalam berhadapan saman Anwar tersebut.

Latt Sharizan dalam ucapannya turut menyelar sikap pemimpin pembangkang yang memecahbelahkan perpaduan Melayu.

Sebab itulah katanya, Pemuda UMNO bahagian mengambil pendirian menyokong dan mempertahankan Muhyiddin kerana beliau telah menyedarkan orang Melayu.

''Saya menyeru semua orang Melayu mempertahankan Muhyiddin. Kita tidak boleh membiarkan lagi ada pemimpin Melayu yang suka melihat perpecahan bangsanya sendiri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.