saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 07/08/2009

Tarikh pilihanraya kecil Permatang Pasir ditentukan Isnin

07/08/2009 2:41pm

PUTRAJAYA 7 Ogos — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada Isnin ini untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Setiausaha SPR Datuk Ngah Senik berkata keputusan mengenainya akan diumum Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang akan diadakan pada pukul 11 pagi, selepas mesyuarat itu di ibu pejabat SPR di sini.

Beliau berkata mesyuarat khas itu hanya dapat diadakan pada tarikh itu kerana pegawai-pegawai kanan SPR terlibat dengan Mesyuarat Penyelarasan Bulanan yang telah dirancang lebih awal pada 5 dan 6 Ogos.

“Mesyuarat bulanan itu pula disusuli dengan Bengkel Amalan Persekitaran Berkualiti di Kuching Sarawak pada 7 dan 8 Ogos,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, dari PAS pada 31 Julai lepas di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur kerana sakit jantung.

Mohd Hamdan merupakan wakil rakyat di kawasan itu selama tiga penggal sejak 1999.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.