saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 08/08/2009

Taufan Morakot landa Filipina, China


SEORANG wanita menyaksikan ombak besar menghempas tebing bandar Wenling di wilayah Zhejiang, China juga akibat taufan Morakot semalam. - REUTERS


MANILA 7 Ogos - Dua pelancong Perancis antara sekurang-kurangnya 10 orang yang terbunuh apabila hujan lebat daripada Taufan Morakot yang meruntuhkan daik seterusnya menyebabkan tanah runtuh serta banjir besar melanda bandar-bandar serta perkampungan di utara Filipina, kata para pegawai hari ini.

Kumpulan pelancong Perancis dan Korea Selatan itu sedang mendaki Gunung Pinatubo dengan menaiki tiga buah kenderaan apabila tanah runtuh menutup laluan sehingga memerangkap salah sebuah kereta mereka kelmarin, demikian menurut Gabenor wilayah Tarlac, Victor Yap.

Yap menjelaskan, tiga warga Perancis dihanyutkan banjir kilat dan mayat dua daripada mereka ditemui awal hari ini manakala seorang lagi hilang manakala seorang pemandu pelancong tempatan turut terbunuh. Anggota kumpulan lain bagaimanapun terselamat.

Kawasan kaki gunung di wilayah Zambales, barat Manila adalah yang paling teruk terjejas.

Ketua polis, Leo Nilo dela Cruz berkata, lebih 1,000 penduduk di bandar Botolan terpaksa dipindahkan ke sebuah sekolah akibat selepas hujan lebat meruntuhkan daik di Pinatubo seterusnya menyebabkan kenaikan air setinggi aras bumbung.

Sementara itu di China, pihak berkuasa telah memindahkan lebih 21,190 orang dari rumah masing-masing di wilayah Fujian, tenggara China yang dijangka dilanda Taufan Morakot esok.

Ibu pejabat kawalan banjir dan kemarau pagi ini menyatakan 34,000 kapal telah diarahkan berlindung di pelabuhan di sepanjang pesisiran pantai Fujian.

Ombak setinggi enam meter sudah mula melanda kawasan pesisiran hari ini dan pemantau cuaca wilayah menegaskan ombak setinggi sembilan meter mungkin berlaku apabila Morakot semakin hampir.

Di Taiwan pula, Pusat Biro Cuaca menjelaskan mata taufan itu kini berada 220 kilometer di tenggara daerah Yilan, timur Taiwan dengan angin selaju 144 kilometer sejam dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15 kilometer sejam pada pukul 7.15 pagi tadi.

Sekiranya laluan Morakot tidak berubah ia akan melalui timur Taiwan malam ini.

Semua sekolah dan perniagaan di negara pulau ini ditutup hari ini dengan beberapa penerbangan antarabangsa dibatalkan. Kesemua penerbangan domestik dari Taipei juga sama. - AFP/AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.