saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 08/08/2009

Muzium Sastera kini dibuka semula

MELAKA 7 Ogos - Muzium Sastera Melaka yang ditutup kepada orang ramai sejak 14 Julai tahun lalu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf bangunan serta pameran, sudah dibuka semula pada 1 Ogos lalu.

Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Khamis Abas berkata, perubahan wajah baru muzium itu menampilkan sembilan tema pada ruang pameran antaranya pengenalan sejarah perkembangan sastera dan peranan Melaka dalam perkembangan sastera negara.

Menurutnya, tema lain yang turut ditampilkan ialah pengenalan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, genre kewartawanan, tradisi lisan, penyelidikan dan manuskrip asal, tokoh sastera terkini dan kegiatan persatuan bahasa.

''Konsep dan fokus pameran amat berbeza dari sebelum ini kerana bertujuan memberi peluang kepada pengunjung dan penyelidik untuk mengenali dan memperoleh maklumat berkaitan perkembangan sastera negeri," katanya di sini hari ini.

Katanya, tokoh sastera yang ditonjolkan juga terdiri dari kalangan anak kelahiran negeri ini dan mereka yang menggunakan latar belakang sejarah Melaka dalam penghasilan karya sastera masing-masing.

Ujarnya, teknik pameran muzium juga banyak menggunakan panel grafik, peti pameran, audio visual dan mural menarik.

Malah, katanya, ruang dalam pameran juga dipelbagaikan dengan penggunaan perabot dan grafik dan dilengkapi penghawa dingin bagi menjamin keselesaan pengunjung.

Menurut Khamis, Muzium Sastera dibina pada bangunan lama yang wujud sekitar era penjajahan British dan dipercayai digunakan sebagai rumah kediaman pada zaman tersebut.

Malah, ujar beliau, bangunan itu juga dipercayai pernah dijadikan sebagai bilik tahanan pesalah sebelum menjalani hukuman pancung pada zaman pemerintahan Jepun.

''Sebelum diubah suai menjadi Muzium Sastera, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka merupakan agensi terakhir menggunakan bangunan ini iaitu sekitar tahun 1974," katanya.

Sebagai pengenalan muzium, kata beliau, Perzim menyediakan mural mengandungi lakaran wajah tokoh yang sinonim dengan Melaka dan memain peranan dalam perkembangan ilmu sastera yang terdapat pada bahagian depan bangunan.

Ujarnya, lakaran itu memaparkan potret Tun Sri Lanang (era Kesultanan Melayu Melaka), Munshi Abdullah (zaman transisi barat), Syed Sheikh Al-Hadi (zaman reformasi Islam) dan Datuk A. Samad Said pada zaman selepas kemerdekaan.

Muzium Sastera merupakan salah satu komponen pakej tiket Kompleks Muzium Stadthuys yang berharga RM5 bagi dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak.

Melalui pakej itu, pengunjung berpeluang melawat muzium lain seperti Muzium Sejarah dan Ethnografi, Muzium Pendidikan, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Yang Dipertua negeri dan Galeri Cheng Ho yang kesemuanya ditempatkan dalam kawasan Jalan Kota.

Muzium Sastera dibuka pada setiap hari dan orang ramai boleh berkunjung ke muzium tersebut bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.