saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 09/08/2009

Nasi sudah menjadi bubur - Xauier & Yuen Kim


XAUIER [kanan] masih mampu berjalan tetapi tidak pernah mengabaikan penjagaan kesihatan seperti yang disarankan doktor.
YUEN KIM [kiri] yang kini berkaki palsu mengawal diabetes dengan menjaga pemakanan.


TIDAK seperti tugasan lain, makanan pada hari itu secukup rasa. Tidak manis dan tidak tawar, seakan berada di hospital. Seperti biasa, selepas menjamu selera, wartawan dan jurugambar segera menjalankan tugas. Kami diperkenalkan kepada dua lelaki penghidap diabetes. Terdetik di hati, patutlah makanan tadi secukup rasa sahaja. Bahkan hidangan betul-betul bercita rasa sederhana, ada lauk ayam, sayur dan buah-buahan. Air suam sudah memadai. Itulah rutin pemakanan sebenar pesakit diabetes.

Dua lelaki ini berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan detik melawan diabetes.

Lelaki yang berusia 74 tahun, A.S Xauier, sebelum ini tidak sedar yang dia mempunyai diabetes.

Bekas jurutera ini sebenarnya mempunyai sejarah keluarga yang mendapat diabetes. Dilihat dari segi fizikalnya, mungkin ramai yang beranggapan Xauier masih sihat dan kuat walaupun sudah tua.

Xauier memang seorang yang aktif dan bekerja kuat. Tanpa menghiraukan kesihatan, demi keluarga, dia sanggup mengorbankan masa dan tenaga mencari rezeki.

Pada suatu hari, terdetik di hatinya untuk menjalani ujian darah. Ketika itu, nasibnya diibarat nasi sudah menjadi bubur. Dia disahkan menghidap diabetes.

"Sudah terlambat untuk menyedari yang saya disahkan diabetes. Patutlah selama ini, kadang-kadang saya berasa penat dan tidak aktif", katanya yang pernah menghabiskan hampir RM 2,400 sebulan untuk menjalani rawatan di sebuah klinik swasta di Selangor.

Sesuatu yang tidak diduga telah terjadi, suatu hari dia mengalami kencing berdarah.

"Kemudian, saya berada dalam keadaan tidak stabil dan menyebabkan saya dibawa ke wad kecemasan di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya. Selama sebulan saya terlantar di wad dan menjalani dialisis. Kini, selepas mengikut rawatan sejak Januari lalu dan menerima nasihat daripada doktor di sini, saya semakin baik. Lihat, saya masih boleh berjalan walaupun bertongkat," katanya yang mendapat sokongan daripada keluarga.

Senario yang sama berlaku pada Teh Yuen Kim, 54. Dulu dia seorang pemuda yang sihat. Dia disyaki menghidap diabetes dua tahun lalu. Namun pada tahun lalu, peristiwa yang mengejutkan telah berlaku. Pada masa itu, pengaliran darahnya tidak sampai ke kaki.

Doktor mengesahkan Yuen Kim menghidap diabetes dan kakinya perlu dipotong. Hidupnya seakan berakhir kerana dia hanya akan mempunyai sebelah kaki sahaja.

"Saya sangat terkejut dan marah pada diri sendiri. Semuanya berpunca daripada saya sendiri," katanya yang memang mempunyai darah tinggi pada awalnya.

Katanya, ia berpunca daripada kurangnya senaman dan tidak menjaga pemakanan.

"Sekarang ini saya sudah baik. Saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang menyokong saya. Sekarang ini saya akan menjaga pemakanan. Misalnya, saya hanya akan makan semangkuk nasi dan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Namun, saya perlu mengelakkan yang manis dan tidak makan pisang kerana tidak baik untuk pesakit diabetes," jelasnya.

Dalam pada itu, setiap hari dia akan melakukan ujian glukosa dalam badan. Sebelum makan tengah hari, malam dan tidur, Yuen Kim akan memastikan jumlah aras gula dalam badan. Ia penting supaya tahu apa yang boleh dimakan atau tidak.

"Pesan saya kepada orang ramai, lakukan banyak senaman, kawal pemakanan, kurangkan makanan bergula. Benda ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Justeru itu, makanlah dengan betul, lakukan banyak senaman seperti berjalan," nasihatnya yang tidak ketinggalan melakukan fisioterapi iaitu gerakan kaki kerana kini dia berkaki palsu.

Yuen Kim kini sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya untuk memastikan aras glukosa dalam badannya stabil.

Dengan adanya terapi serta bantuan kaki tangan hospital, dia semakin bertenaga dan bersemangat menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.