saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 09/08/2009

Penting memberus gigi dengan betul


KEKERAPAN dan cara anda memberus gigi akan menentukan sama kesihatan oral terjaga (gambar kiri) atau terjejas dengan pembentuk plak dan penyakit oral lain (gambar kanan).


UNTUK menjawab persoalan kesihatan oral, sila ikuti temubual bersama Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Dr. Lee Soon Boon.

Beliau akan bercakap tentang bagaimana bakteria dan plak boleh menyebabkan masalah dental, serta kepentingan memberus gigi dengan cara yang betul.

Dr. Lee, bagaimanakah keadaan kesihatan oral rakyat Malaysia pada masa kini dan apakah maklumat yang diperolehi berdasarkan kajian yang dijalankan?

Berdasarkan penyelidikkan terkini yang dibuat ke atas tahap penjagaan oral di Malaysia, ia didapati bahawa rakyat Malaysia tidak begitu mementingkan keadaan gigi dalam kesihatan (secara umum).

Ia juga menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mengalami masalah kaviti dan penyakit gusi, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Oral Dewasa Malaysia 2000.

Tinjauan yang dilakukan setiap 10 tahun itu juga menunjukkan bahawa hanya 50 peratus rakyat Malaysia berjumpa doktor gigi apabila mempunyai masalah dental.

Bolehkah doktor menjelaskan apa itu bakteria atau plak, bagaimana ia terbentuk dan apakah kesannya?

Plak terbentuk disebabkan oleh bakteria ataupun sejumlah besar bakteria yang menjamah sisa-sisa makanan yang ditinggalkan dalam mulut.

Sisa makanan ini akan diuraikan oleh bakteria bagi memperolehi karbon. Sewaktu proses ini, bakteria akan menghasilkan asid yang boleh membahayakan gigi dan gusi kita.

Asid ini akan menghakis mineral enamel gigi kita dan memulakan proses pereputan gigi.

Selain daripada itu, bakteria yang selalunya berlegar dalam mulut kita akan menghasilkan volatile sulphur compounds (VSC) yang menyebabkan mulut berbau apabila bakteria itu senantiasa menguraikan karbohidrat yang terdapat di dalam mulut kita.

Apakah langkah-langkah yang perlu diambil demi mencapai kesihatan oral yang baik?

Mengetahui cara-cara memberus gigi yang betul adalah langkah pertama untuk mencapai kebersihan gigi yang baik.

Kesihatan gigi, mulut dan gusi anda bergantung kepada kekerapan dan teknik memberus gigi.

Dengan memberus gigi anda secara kerap dan betul, ia dapat menyingkirkan bakteria yang menyebabkan pereputan gigi dan penyakit gusi seperti gingivitis dan periodontitis.

Ia juga penting untuk menggunakan berus gigi yang betul dan cukup lembut pada gusi dan enamel serta boleh mencapai kawasan gigi yang sukar dibersihkan, terutamanya di celah-celah gigi.

Dr. Lee, apakah langkah pencegahan yang perlu diambil bagi mengelak daripada dijangkiti penyakit gusi atau masalah dental yang lain?

Terlebih dahulu, kita perlu menukar persepsi kita tentang kepentingan penjagaan gigi dan berhenti memandang ringan terhadap tahap kesihatan gigi.

Apabila kesedaran diri telah disemai dalam minda kita, kita akan lebih bersungguh-sungguh untuk memiliki tahap kesihatan gigi yang terbaik.

Oleh kerana itu, memberus gigi adalah penting untuk mengekalkan mulut dan gigi yang bersih dan sihat.

Memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida adalah sangat digalakkan. Selain daripada ubat gigi, ia juga penting untuk memilih berus gigi yang betul, dan telah diuji secara klinikal untuk penyingkiran plak.

Kita mestilah memilih berus gigi yang mempunyai berus silang pangkah yang akan membantu menyapu keluar plak serta mencegah penyakit gusi dan penyakit dental yang lain.

Bolehkah doktor berkongsi sedikit tip memberus gigi dengan betul?

Di sini ada sembilan tip penting yang kita boleh mula praktikkan di rumah:

l Berus gigi anda selepas setiap kali makan, jika boleh.

l Berus gigi anda setiap pagi dan waktu malam sebelum tidur.

l Berus gigi pada sudut 45 darjah. Sentiasa letakkan berus gigi anda di pangkal leher gigi dan gusi. Gunakan cara memberus secara bulatan ke atas dan ke bawah dan mengurut gusi anda pada masa yang sama.

l Jangan memberus gigi secara paksa, ini boleh menyebabkan penghakisan gigi dan keradangan gusi akibat cara memberus gigi yang salah.

l Bersihkan setiap permukaan, pipi, lidah dan gigi.

l Ambil masa secukupnya sewaktu memberus gigi anda. Pembersihan gigi yang baik selalunya mengambil masa sekitar dua minit.

l Sentiasa tukar cara memberus gigi anda kerana melakukan dengan cara yang sama mungkin boleh meninggalkan kawasan kotor secara tidak sengaja.

l Pilih berus gigi yang betul; yang mempunyai berus lembut silang pangkah yang bulat. Berus gigi baik seharusnya membolehkan anda mencapai gigi yang paling belakang dalam mulut.

l Kerap tukar berus gigi anda, seelok-eloknya setiap tiga hingga empat bulan, lebih-lebih lagi apabila berus sudah pudar atau pecah.

Artikel ini dibawakan oleh Oral-B sempena kempen kesihatan oral 2009.

**Pencarian ini didapati oleh Malaysian National Oral Health Survey of Adults 2000*.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.