saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 09/08/2009

Rahsia kecemerlangan atlet

ADA yang mengatakan berpeluh itu tandanya sihat. Sama seperti kita melihat atlet berpeluh selepas bersukan. Itulah yang akan kita fikirkan. Itu menandakan mereka mampu melakukan aktiviti fizikal. Tetapi tahukah anda, cecair yang keluar itu merupakan penyahhidratan yang menyebabkan badan memerlukan lebih banyak air.

Sebagai ahli sukan, mereka lebih memerlukan penghidratan. Cecair memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan badan kita dalam keadaan yang terhidrat iaitu tidak kontang atau kering, sepanjang masa.

Dengan gaya hidup yang kian mendesak, kebanyakan daripada kita tidak pernah lupa untuk makan. Sebaliknya, kita sering mengabaikan pengambilan cecair sehinggalah menyebabkan penyahhidratan berlaku.

Bagi memastikan kesihatan yang sempurna serta prestasi fizikal yang baik, tubuh badan kita perlu dihidrat secukupnya. Jika tubuh badan kita kekurangan cecair, kita akan berasa letih dan lesu.

Dalam bidang sukan, elemen ini menjadi sebahagian kunci kecemerlangan prestasi dalam setiap sukan.

Menurut Ketua Kluster Gaya Hidup Sihat Institut Perubatan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr. Rabindarjeet Singh, ramai atlet tidak faham pengambilan cecair yang tidak mencukupi semasa bersenam atau bersukan akan menyebabkan penyahhidratan sukarela atau pun voluntary dehydration. Ini bermakna atlet mungkin telah menghampiri peringkat keletihan walaupun tidak berasa haus.

"Sukan-sukan utama di Asia biasanya diadakan dalam suasana panas dan lembab dengan suhu kira-kira 29 hingga 31 darjah celsius dan paras kelembapan di sekitar 70 hingga 90 peratus. Bersukan dalam persekitaran ini boleh menghilangkan cecair badan sebanyak satu liter sejam. Ini boleh membawa kesan buruk kepada keadaan selular badan di mana penyahhidratan dan hipertermia boleh menjejaskan prestasi mental dan fizikal," katanya dalam Seminar Penghidratan Sukan dan Pemakanan 100Plus di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seminar ini dihadiri lebih 150 orang peserta yang terdiri daripada para jurulatih, pengamal perubatan sukan dan pemakanan Malaysia dari Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN) dan pelbagai persatuan sukan.

Penghidratan yang betul adalah penting kepada para atlet bagi membantu mereka mencapai prestasi cemerlang dalam apa jua aktiviti sukan.

Tambah Dr. Rabindarjeet, para atlet terutama sekali di kawasan tropika perlu mengganti cecair yang hilang akibat berpeluh, bukannya menunggu sehingga kehausan.

"Cecair penghidratan semula mengandungi cukup natrium bagi mengekalkan rangsangan kehausan serta menggalakkan pengekalan cecair yang diambil.

Ini bermakna menggantikan peluh yang hilang dan menambah sedikit lagi cecair bagi peluh yang telah hilang dan menambah sedikit lagi cecair bagi peluh yang akan hilang seterusnya," tambahnya.

Sekiranya tempoh pemulihan agak panjang (24 jam atau lebih), penghidratan semula tidak diperlukan dengan segera walaupun ramai yang minum apabila berasa haus.

Sekiranya satu lagi sesi latihan diadakan dalam masa beberapa jam, penghidratan semula akan membantu prestasi. cecair penghidratan semula perlu mengandungi karbohidrat bagi membantu menambah glikogen dan garam yang hilang akibat berpeluh.

Kegagalan mengganti cecair yang hilang akan menjejaskan fungsi fisiologi tertentu seperti keupayaan untuk bersenam, kesukaran daya tumpuan, kekurangan kewaspadaan, peningkatan simptom sakit kepala dan beberapa tindak balas lain. Oleh itu, adalah penting agar setiap individu mempunyai cecair dalam badan sebelum memulakan satu-satu rutin bagi mengelak penyahhidratan di samping memudahkan senaman dan latihan.

" Kebanyakan kita tidak sedar akan kesan penyahhidratan terhadap kita. Penyahhidratan yang sedikit pun boleh menjejaskan fungsi badan dan keupayaan prestasi kita. Itu sebabnya pengambilan minuman sukan seperti 100PLUS perlu digalakkan semasa latihan berkali-kali bagi membantu penyesuaian latihan. Bagi para atlet yang menyertai beberapa latihan berulang kali dalam masa sehari, pengambilan minuman ini semasa latihan dan pemulihan akan meningkatkan prestasi latihan berbanding air," jelas Ahli Sains Pertahanan, Pertubuhan Sains Pertahanan Makmal Kebangsaan (DSO), Singapura, Dr. Jason Lee Kai Wei.

Selain Dr. Rabindarjeet dan Dr. jason, ahli panel yang lain termasuk Pakar Pemakanan Sukan ISN, Chai Wen Jin yang berkongsi pengetahuan tentang strategi penghidratan berbeza untuk sukan individu dan berpasukan. Sementara itu, Pengurus Pengajian Klinikal, Jabatan Pemakanan di Institut Sukan Australia (AIS), Dr. Elizabeth Broad bercakap mengenai keberkesanan dan kesahan bantuan ergogenik dalam prestasi sukan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.